This is my Journey ; 2 Weeks In Tanah Haram for Umraa

Jabal Nur
Assalamualaikum..

Mungkin sudah agak terlambat untuk aku post entri ini memandangkan sudah seminggu setengah aku menjejakkan kaki di Tanah Air ; Malaysia.. Tapi apakan daya.. masa tak mengizinkan aku untuk menulis disini. Sekarang ni je lah aku free, so boleh la menaip depan laptob. (walaupun hakikatnya aku agak mengantuk sekarang)

Disebabkan aku tak bawak Camera (nada sedih) maka kebanyakan gambar aku Copy daripada kawan aku yang turut sama mengerjakan Umrah. Tapi ada jugak lah gambar aku sikit-sikit, itupun sebab Ibuku belanja handphone baru. Kalau tak... mana nak cekau gambar? Alhamdulillah.

First of all, aku nak cakap yang ENTRI INI ADALAH SEBUAH ENTRI YANG AGAK PANJANG.
Jangan marah kalau kau penat nak baca ya. Yelah, cerita dalam masa 2 minggu nak di-cmpact-kan dalam satu entri. Memang panjang lah cerita dia kan. Gambar pun banyak ni. So, be patient. Kalau nak sama-sama merasai pengalaman pergi mengerjakan Umrah, bacalah dari awal sampai akhir ya.. *senyum*

Okay, my journey began with... Bismillah..

Tiket pergi - Transit di Colombo, Sri Lanka
Itu diaa.. mulanya berkumpul di Masjid taman perumahan aku ni.. Bila semua dah sampai, ada sedikit taklimat dan kami semua berangkat ke KLIA menaiki bas yang telah disediakan. Ni kat kiri kau ni gambar tiket bertolak ke sana.. 6 March pukul 5 pagi camtu sampai di KLIA. Transit di Colombo, Sri Lanka. Yes, duduk pun terpisah dengan Mak.. hoho. aku duduk dengan orang Sri Lanka, perempuan. Dia kerja di Malaysia and nak balik Kampung dia lah. Seronok jugak berborak dengan dia. dia cerita pasal negara dia and aku cerita pasal negara aku. Yeah! Gagap-gagap jugak nak speaking tapi Alhamdulillah la dia faham apa aku cakap. hahaha. Pramugara Sri Lanka pun handsome-handsome, Cuci mata sekejap. hihihi. Okay ingat sikit lynn yang kau tu nak pergi buat ibadah, bukan cari jodoh. *gelak besar*


Souvinir
Yeahhh now we arrive in Colombo! Look at the souvinir.. Comel-comel belako kan.. but sini pakai US Dollar so gua tak tukar duit dollar beb, so tak beli pape pun kat sini. sedih je sebab souvinir dia cute sangat.. tapi mahal la.. alah biasalah kat airport kan.. so cuci mata jelah. Sampai Colombo kitorang solat Qasar pahtu niat Ihram. Masa ni abang-abang, pakcik-pakcik, adik-adik, akak-akak, semua dah pakai ihram / telekung. Macam-macam kena jaga. Hiuhiuhiu comel jaa tengok orang semua pakai putih jee.. sweett sangat. Aku dengan mak aku relax ja kat tempat tunggu tu. ada lah jugak jalan-jalan tengok sekeliling. nak tunggu flight lama lah jugak, boleh tidur rasanya. tapi banyak-banyak sabar dan selawat je lah time ni. yelah kalau tido tak feeling laaa ibadah tu. padahal dalam flight aku tidoooo je memanjang. hehe. pahtu dah nak boarding, check in.. and aku nampak bendealah nih.. jap..


Yes! Tabung derma dan aku nampak duit MALAYSIA disitu.
Cute kan.. Hahaha. Okay, Then naik la flight. Masa dalam flight tu talbiyah banyak-banyak. Labbaikallahummalabbaik! Sebak pun ada sikit-sikit tapi tahan je lah. Masa ni aku duduk sebelah akak dari Putrajaya, dia pergi Umrah jugak tapi package lain. Eh lupa nak cakap! Aku pergi sana sekali dengan Prof Madya ape entah yang pengarah filem tuuu.. hahah tapi sayang tak amik gambar pun dengan dia.. tak terfikir pulak. Hehehe.

Yeah We're arrived on Jeddah!
Haaa ini gambar masa kitorang baru jaaa turun dari flight kat Airport Jeddah. Masa jejak kaki kat sini dah terasa sejuk dia. Huihh tak dapat bayangkan orang yang pakai kain ihram tuu mesti sejuk gila. By the way ni lah Flight yang membawa aku ke Tanah Arab ni, SriLankan Airlines.. Seronok lah jugak memandangkan ni first time aku naik flight tapi bagi aku tu semua tak bawak effect pape pun, sebab tengah exited gila nak sampai Mekah ni. Lepas turun ni pergi amik beg, lama jugak lah nak settle hal kat sini. Makan masa sejam dua lah jugak. Penat takpayah cerita lah kan, tapi banyak-banyak bersabar jelah.. Then dari Jeddah kitorang naik Bas ke Mekah. 

Jam Besar depan Masjidil-Haram.
Dari jauh kalau kau nak cam dimana letaknya Masjidil-Haram yang menempatkan Kaabah didalamnya, kau tengok menatang kat dalam gambar atas ni hah. Tower ape tah nama dia. Jam besar. Tinggi! Cantik sangat sebab kat atas tu ada kalimah ALLAH. pahtu bawah jam tu ada kalimah memuji Allah. Masa tawaf dari dalam Masjidil-Haram booleh nampak Jam ni. Senang jaa takpayah pakai jam tangan, pandang atas dah tau pukul berapa. Hew hew hew. Masa sampai ni kitorang terus check-in Hotel, letak beg, setting bilik apa semua. Oh iya! Bilik aku nombor 405, Tingkat 4. Takdela tinggi mana. hihihi. bersyukur dengan nikmat Dia sebab duduk kat sana Alhamdulillah selesa. sama gak macam duduk hotel kat tempat lain. Sama je. takda beza pun. So jangan lah korang fikir duduk Arab ni duduk tengah padang pasir, dalam khemah lah apa lah. Itu semua time Haji je. Umraahh takda tidur dalam khemah sebab kita hanya menziarahi Tanah Suci kan. tapi kalau sesapa nak merasa pun boleh, ada je khemah kat Muzdalifah.. Cakap la ngan Pak Arab tu nak tidur sana. InsyAllah die bagi. Hahaha aku pun tak sure. but why not we try kan? kui kui kui..


Tengok lah betapa ramainya HambaNya mengerjakan Ibadah..
Hah! Sampai-sampai kitorang terus tawaf. First sight nampak Kaabah.. MASYA-ALLAH. tak terungkap lah. Mulut tertutup, Mata bergenang. Cantik sangat.. Sebak rasanya, Terharu pun ada. Rasa bertuah sangat dapat tengok Kaabah LIVE depan mata. Bersyukur sangat-sangat sampai buat sujud syukur. serius. Bayangkan macam mana nak berasak-asak dalam kesesakan orang ramai tu? Tapi dengan kuasa Allah, Alhamdulillah kitorang semua berjaya Tawaf dengan selamat. Tak ada masalah pape, cuma memang terdiam lah.. Taktau nak cakap apa, mata je main peranan masa ni. Lalu kat Makam Ibrahim, Rukun Yamani and Hajarul-Aswad. Tak dapat cium, tapi nampak dari jauh je. Sedih.. nak pergi kat sana tapi aku fikir mak aku je time tu. Kalau ikutkan aku memang ada chance nak pergi sana, kira macam boleh je nak menyelit laa (hehe orang-orang perempuan kat sana takdalah tinggi mana. tinggi lagi aku. kuikuikui) tapi dalam otak aku set nak jaga mak aku time tawaf je. SAKIT HATI woh tengok orang ramai tolak-tolak mak aku. rasa nak tumbuk je muka dorang. 

Hey, kau boleh nak tolak aku, nak tumbuk aku, nak sekeh kepala aku ke but not my Mom! nasib baik mak aku cam bagi hint suruh sabar banyak-banyak sebab semua tu dugaan kita je. Kena sabar, sabar, dan sabar. Selawat banyak-banyak, ingat Allah. Kalau ikutkan memang banyak dugaan time tawaf ni. kena tolak itu perkara biasa. Aku pegang tangan mak aku kuat-kuat takut terlepas. Masa lalu kat Rukun Yamani, Mak dah sebak sangat, mak dah nangis time ni. sebab apa? sebab............

Kat sinilah abah saya menghadapi sakaratul-maut. tempat dimana abah menghembuskan nafas yang terakhir.. Yaa.. Disinilah.. Rukun Yamani..

Aku pun cam terdiam. aku doa je banyak-banyak semoga Dia kuatkan n tabahkan hati aku. Alhamdulillah bergenang tu ada, tapi airmata tak jatuh pun. Memang rasa RARE gila la firstime berdiri di tempat abah menghembuskan nafas terakhir. Terharu sangat sangat sangat sangat.. Tak dapat gambarkan melalui perkataan. 

Ye lah, kau berdiri dimana tempat ayah kau menghembuskan nafas terakhir, mestila perasaan tu sukar untuk digambarkan kan..

Pintu Kaabah
Lepastu Solat Sunat dua rakaat depan Makam Ibrahim. bayangkanlah situasi dia macam mana sesak, nak solat, nak sujud tu.. Subhanallah.. Pengalaman ni takkan boleh dilupakan. Time sujud depan Kaabah ni lah paling paling paling sebak gila perasaan dia. Rasa hina gila.. rasa kerdil gilaa.. bayangkanlah kau tengah sujud, orang langsung tak peduli kau ada kat situ, kepala kena sepak, kena langkah, kena sekeh semua ada lah. kau sujud betul-betul depan kaki orang, depan laluan orang ramai.. masa ni barulah kau akan rasa betapa kerdilnya kau dalam Dunia ciptaan Dia ni. Paling takbleh blah, kau tengah solat ni, tetiba ada orang datang duduk depan kau, macam kau tu invisible-man lah. macam kau tak wujud. macam kau takda pun kat situ. kau tengah solat nih, macam mana nak ruku'? macam mana nak sujud? haa pandai-pandai lah. Aku selalu kena macam ni kot. hahaha sabar je lah. Gerak ke kanan atau ke kiri sikit ke kan. kalau dah terpaksa takpa. tak dosa pun. takkan kau nak sujud atas orang kat depan kau tu kan?

Air Zam Zam berada dimana-mana jeeee.. terasa macam dalam syurga lah~ xD
Lepas tawaf 7 keliling dan solat sunat 2 rakaat, sunat minum air Zam Zam sambil menghadap ke Kaabah. Kitorang berkumpul kat satu tempat, then pergi Saie.. iaitu berjalan / berlari anak (bagi lelaki di kawasan bertanda hijau) dari bukit safaa ke marwah sebanyak 7 kali. sama macam tawaf jugak lah. yang ni relax sikit sebab tak sesak macam tawaf.. cuma bagi sesiapa yang ada masalah lutut or kaki tu masalah sikit laa pasal kena daki bukit. tapi bukit dia takdalah tinggi sangat, alhamdulillah la lutut aku langsung tak buat hal time ni. Tuhan makbulkan doa aku. Sebab aku risau sangat tetiba lutut aku sakit secara mengejut ke kan, lutut aku ni pun belum pulih sepenuhnya. Alhamdulillah.

Laluan Saie
Ni dia laluan Saie.. kita patut bersyukur dengan teknologi zaman sekarang. bayangkan dulu sebelum ada lantai marmar ni, semua ni batu-batuan tau. macam mana kita nak ulang alik sepanjang lebih kurang 400m ni? haaa time ni baru laaa kite terfikir macam mana Rasulullah SAW dulu berjalan jauh.. Kejap, Siti Khadijah ke Siti Aishah eh yang berlari-lari anak mencari Air Zam Zam untuk anaknya dari Safa ke Marwah ni? aku lupa lah.. nanti aku search balik okay. hehehe. sebab masa buat Saie ni mak aku ada cerita pasal sejarah Saie ni.. tapi aku tak berapa nak focus mendengar sebab aku teruja tengok kiri kanan aku cantik sangat. hihihi.

Then after Saie, Tahallul.. bagi lelaki elok lah cukur jeee rambut tu. hahaha. biar botak macam toyol. baru kiut. hehe. bagi perempuan pun paling kurang 3 helai rambut pastu panjang dia lebih dari bape cm ntah, aku lupa. sebab rambut aku mak aku yang potongkan. kui kui kui.

Lepas tahallul, boleh balik hotel.. Makan.. kemudian semua tidur kepenatan! 

Esoknya subuh di Masjidil-Haram. Dia punya sejuk....... Subhanallah sampai ke tulang Sum Sum. hahaha tapi takboleh kalahkan sejuk di Madinah lah.

Mixed Ice Cream
Lepas subuh masa on the way nak balik hotel, aku beli aiskrim ni! sedappp.. hahaha sebenarnya cousin aku dah pesan awal-awal sebelum aku berangkat suruh try aiskrim ni.. sebab dulu masa dia buat Umrah dia dah try. katanya sedap lah sangat.. bila aku rasa.. memang sedap pun! hahaha percaya atau tidak, sepanjang aku kat Tanah Suci, satu hari pun aku tak miss dari makan menatang nihh.. betul-betul piaww punya ketagih.. Serius cakap, aiskrim ni jauh lebih sedap dari Tutti Frutti or Baskin Robbins. Aku taktau la.. tapi rasa buah dia tu cam freshhh jeeee.. sedappp. sampai abang kedai aiskrim tu pun dah boleh cam muka aku. hehe. serius lah! aku tak tipu.. abang tu orang indonesia.. kalau nak bayar tu ada lah jugak borak sikit-sikit dengan dia. Hey! Lagi satu kan, lupa pulak nak cakap.. aku teruja gilaaaaaaaa bila dapat tahu yang orang-orang kat sini lebih fasih berbahasa MELAYU daripada english.. Wah wah wah. nak tau kisah disebalik cerita bahasa ni? Macam ni.. Sampaii je kat kedai, aku pun bajet-bajet laaa nak speaking kan. Aku cakap laaa.. "hello sir, this is how much?" lepahtu abang tu tengok beg aku ada lambang Malaysia, dia senyum pahtu cakap "Oh kalau yang campur ni 3 riyal.." and I was like........ WOW! aku cakap english dia balas BM!! hahaha malu pun ada jugak time ni. tapi cover-cover la sikit. hiuhiuhiu. pahtu abang tu tanya lah aku dari malaysia ke, aku cakap la ya saya dari malaysia. lepastu abang tu cakap dia dari indonesia la blablabla.. then aku balik hotel. sepanjang perjalanan daripada Masjid ke Hotel tu adalah kedai-kedai macam bazaar. mana tak timbul tabiat boros aku tu! kuang kuang kuang. Dugaan betul lah.. *jelir lidah* 

And the next day.. Alhamdulillah dapat ziarah kubur abah. Ada abang nama Ishak, umur 22, warganegara Malaysia tapi dia duduk kat arab saudi pasai Ayah dia buat bisnes kat Mekah tu. Catering. Catering ayah dia yang bagi kitorang makan sepanjang kat Mekah tu. Dia ada kawan, hahaha kawan dia handsome-handsome wooo. Hidung terpacak jee. Pahtu yang bestnyaaa diorang semua ni warganegara Malaysia tapi duduk Arab. Cool kan. Huhu. Diorang yang tolong kitorang bawak pi kawasan perkuburan abah tu. Pergi naik kereta diorang lah. Thanks abang-abang handsome! Ni haaa gambarnya..

Ni dia kawasan perkuburan di Makkah
Atas usaha Abang Ishak, dapat jugak nombor kod Kubur Abah :')

Hehehe ni time dala kereta. Hew hew hew.

dari kiri, Cik Nah, Aku, Mak, Cik Lian (gambar ni Ishak yang snap hihi)

Takboleh lupa part kena marah ngan Pak Arab sebab sebenarnya perempuan tak dibenarkan jejak pun kawasan perkuburan ni. Tapi Ishak tu banyak Cable, yang jaga kawasan perkuburan ni sepupu dia. So boleh lah masuk. tapi sayangnya time nak balik tu boss diorang datang.. ape lagi.. kene maki lah jawabnya.. sian sepupu Ishak tu.. terimakasih yaaa tunaikan hajat terbesar dalam hidup aku ni. Alhamdulillah. Bersyukur, tak sangka dapat tengok kubur abah dengan mata kepala sendiri. Even tengok dari luar pagar je pun.. *terharu*

Lepahtuuuu.. Hmm tak ingat dah, shopping apa semua. Memang best lah sebab diorang semua berbicara dalam bahasa Melayu. senang nak berurus niaga. terasa macam artis je kat sana. lalu sini sana semua panggil. hahaha. diorang panggil macam ni ja, "hajjah.. hajjah!" takpun "kakak/sister" hahaha. yang paling paling best selalunya Orang Malaysia dapat layanan lebih, harga special. Tapi tak kurang jugak ada yang menggatai. 

Eeee rimas woh! nak pegang-pegang lah, nak ukur baju kat badan lah, kalau beli gelang/cincin/jam nak pakaikan lah. kalau tak bagi, diorang cakap "bakhil..bakhil..(kedekut)" bukan ape, aku pergi sana nak buat ibadah. yang diorang sibuk menggatal, memang kena lah dengan aku. dah lah kat sana kena jaga wudhu'. bila aku malas nak layan aku senyum je pahtu blah dari kedai tu. huhuk! 

Tapi ada sorang abang ni kat kedai 2Riyyal memang baik dengan aku. Ahaha rindu pulak kat dia. Hari-hari pulak aku jumpa dia kat kedai tuuuu. Kuikuikui..

Hmmm.. terus cerita pasal Last Day kat Mekah lah..

Bila dah duduk sana serius tak ingat langsung segala masalah, segala hal duniawi, memang tenang ya Amat! serius gua cakap.. pejam celik pejam celik dah nak bertolak ke Madinah. memang sedih gila la cerita dia. Malam sebelum nak bertolak tu, nangis-nangis time solat. punyaaalahhhh berat hati nak tinggalkan Mekah.. bayangkan.. tak pernah pernah seumur hidup aku rasa berat hati sangat nak tinggalkan sesuatu tempat tu. kat sana kau boleh rasa ketenangan yang kau takkan rasa kat tempat lain.. Kuasa tuhan kan.. Tempat suci pulak.. Yang bestnya kat sana, Matahari dia terik.. bersinar-sinar.. tapi panas dia tak terasa langsung. pakai baju 2 3 helai pun tak panas. Sejuk je, tenang je.. jalan petang-petang dengan burung merpati terbang-terbang.. Masya-Allah indahnyaaaaaa ciptaan dia... *sebak*

Pancung Emas

Bayangkan sesak macamni nak tawaf..

Ni gambar Muhammad
Aku ada gambar cemnih gak tapi malas nak masukkan dalam laptob. ade dalam phone. ni lepas tawaf Wada', dah nak balik dah.. Solat sunat 2 rakaat then duduk berdoa didepan Kaabah. Sebak sangat time nih.. rasa cam taknak bangun je. tapi orang ramai sume dah tolak-tolak tunggu giliran nak solat jugak, so aku pun terpaksa menerima hakikat yang aku kena blah gak dari situ. Sedih woooowoooowoooooo~ Sedih sangat. Tsk.. tsk.. tsk.. Masani doa jelah semoga Allah akan jemput aku jadi TetamuNya lagi.. Amin!

Paip Air Zam Zam :')

The Tower. (gua tak ingat nama tower tu apa hehe)
Makam Ibrahim

Berebut hah nak tengok telapak kaki Nabi Ibrahim. Harum sangat bau dia.. Hihihi.


Then Waktu untuk ziarah..

Alamak.. tengok.. bila dah tangguh story, aku dah lupa sikit-sikit pasal ziarah. Yang mana satu dulu haa? 

Checklist checklist..

Okay, Memula pergi Jabal Thur.. kat sini lah berlaku kisah nabi Muhammad SAW nyorok dalam gua yang ada labah-labah buat sarang tu. Nah.. ni gambar dia..

Ni dia Jabal Thur.. Semua sibuk Bergambar.. Hihi.
Ada Unta!! Comel doh menatang ni.. Ada bunga-bunga kat badan die..
Aku paling benci bila ingat lawatan kat sini. Pasal apa? pasal ade jantan mana entah yang jual-jual buku kat situ dok kejar aku. datang nak himpit-himpit aku. rapat-rapat. pahtu cakap "I Love You" Eee.. geli lah! ikutkan hati aku nak sepak-sepak je muka dia tapi sabar and aku fikir orang ramai ada kan, aku pun cam segan lah. Aku pakai purdah pulak time nihh.. bukan nampak muka pun. mengada sangat pesaipa kau nih? mula-mula aku diam and buat bodoh sebab memang kat sana bersesak-sesak pun. Takde lah nak fikir pape. Lepastu aku cam naik rimas, aku blah tempat lain. sekali dia ikut. aku pergi sini dia ikut, pergi sana dia ikut, rase nak tumbuk je muka dia laju-laju. nak ambik gambar pun dia ikut, baruuuuu nak amik gambar ngan Unta Comel tu hah! Last-last aku bengang aku tarik tangan mak aku bawak pergi dekat bas. Itupun dia ikut sampai ke bas beb!! memang  aku dah bengang aku pandang die aku tolak pahtu cakap "tepi sikit lah!" (entah die faham ke tak aku pun taktau. kuikuikui..) then aku naik bas cepat-cepat. Sorry lah pakcik makcik time ni saya potong que sebab tak tahan dengan bangla mana tah tu. then dah dalam bas, aku dengan perasaan bengang duduk tepi tingkap, pahtu dia boleh bantai pergii kat tingkap pulakk. Eee semak lah, semak tahu tak?! terganggu betul ziarah aku time tu. Takdapat nak bergambar sangat.. Sedih betul!

Kenapa ada orang-orang macam ni dekat tanah suci? kenapa?? tak faham lah.. mengganggu ziarah aku je.. Tak kurang gak kat tempat-tempat lain.. kedai-kedai.. lebih kurang je perangai.. sakit hati je lah.. nasib baik I ni penyabar orangnya tauuu.. still senyum even hati tengah panas. kalau tak dah kena hentam dah.. hikhikhik! baik tak baik tak? *sengih sampai ketelinga*

Lepastu kitorang melawat Jabal Rahmah.. Bukit Jodoh. disinilah pertemuan Nabi Adam a.s dengan Siti Hawa. itu yang dipanggil bukit jodoh tu. kat sini kita boleh doa mintak jodoh yang baik-baik. InsyAllah. Ni haa gambar Jabal Rahmah tu.. 

Jabal Rahmah
Tu nampak tak kat atas sana ada macam Tiang. kat situ ada banyak Nama. kira macam orang tinggalkan kenangan lah kat situ. Siap bawak pen marker lah cerita dia.. hihihi. 

Tuu haa tiang dia.. 

Susasa dekat Jabal Rahmah.. Sesak tak sesak tak? 
Bayangkan aku naik bukit ni sorang-sorang.. Pasai apa? pasai mak tak larat nak naik bukit ni. Hahaha. I'm a loner bebeh. Tangga dia menakutkan la. curam ya amat. tapi sebab exited punya pasal, semua tu gua tolak tepi. dah naik tu doa lah dapat jodoh yang baik. moga-moga Tuhan makbulkan doa aku tu. Amin amin amin ya rabbal-alamin!

Lepastu tengok Unta! kesian aku tengok unta tu kena ikat, kuruih keghing jaa.. pahtu siap ada yang mulut dah berbuih-buih. serius kesian gila macam nak nangis je. then aku tengok Taik Unta bersepah! hahahah tapi taik unta comel doh, kecik-kecik. besar saiz buah kurma je. wakakaka. Ada abang satu group dengan aku tu suruh aku kutip bawak balik Malaysia. hahaha tak boleh belah.. *gelak*

Lepas dah penat mendaki, tengok unta bagai, aku dapat makan aiskrim! hahaha punyelah seronok dapat makan aiskrim ditengah padang pasir nihh..

burung merpati banyak! kalau kacau diorang nanti semua terbang. cute jee


Kemudian balik ke Hotel, and yeahhhhh.. Checkout then Bertolak ke Madinah! 

Lebih kurang 5 - 6 Jam dalam bas, kiri kanan bukit bukau, kebaih montot den! wakaka.


"Perjalanan Dari Mekah ke Madinah. Memakan masa selama 6 -5 jam dengan menaiki bas. Jarak dalam lingkungan 400 lbih kilometer.. Keadaan ini baru aku tau kesusahan Baginda dalam berhijrah ke Madinah.. Dengan berkenderaan unta, memakan masa selama 8 HARI, bagaimana dengan pemakanan Baginda? Bekalan air sepanjang perjalanan di tengah - tengah padang pasir? kita diberikan pelbagai kemudahan dengan kerusi dalam bas yang selesa dan berhawa dingin tetapi masih ada yang mengeluh sakit badan (mmg sakit bdn pn..hehe..) sebab perjalanan yg panjang.. disini Allah ingin manusia berfikir bahawa Nabi Muhammad S.A.W sebagai rasul Allah juga tidak hidup dalam keadaan senang lenang dan seorang manusia yang biasa." - Ni caption gambar Muhammad. Yeah! I loike.. setuju sangat-sangat. 


berhenti solat zohor di surau. Ni hah surau die! cute kan?

Bas yang membawa kami dari Mekah ke Madinah :) 
Masa ni dapat makan nasi arab! yeay! sedap sangat~ satu pinggan 2 orang boleh telan. lapar punya pasal gua baham sampai habis kot. bile lagi nak makan nasi arab puas-puas macam ni kan. *gelak*

Hotel Al-Haramain
Tadaaaaaaaaa~ dah sampai pun kat Madinah! ni laahhhh hotel kami! hihihi. dekat je ngan masjid Nabawi. 3 minit berjalan kaki. hiuhiuhiu..

permandangan dari depan Hotel

Ada meja tempat orang rehat. hihi comel je..
Bangunan kedai, let's shopping bebeh! <3
aku paling suka publicphone dia. Cute kan? hihihi
Kat Madinah ni lagi sejuk dari kat Mekah tau! kalau time subuh tuuu serius la menggigil nak pi masjid. nasib baik aku tak bawak sweater pi masjid tau tak. redah je ler. hahaha. pastu kat Masjid nabawi ni untuk orang perempuan dia punya peraturan ketat skit. takdapat bawak camera masuk dalam masjid. nasib baik si Muhammad ada amik gambar, ada lah jugak kenangan kat sana..

Kubah Hijau tu jadi petanda dibawahnya terletak Makam Rasulullah SAW dan sahabatnya. 
Atau dalam kata lain, kat situ lah area rawdah. Dimana antara rumah Rasulullah SAW dengan Masjid. Kat kawasan tu tikar dia warna Hijau. Tempat paling mustajab untuk berdoa. 3 hari kat sana sekali je aku dapat masuk kawasan rawdah. Subhanallah dia punya sesak tu takpayah cerita lah.. 

Yang paling lawaknya, Cik Nah masa solat kat rawdah, lepas sujud, duduk antara 2 sujud, dia termasuk dalam jubah orang arab. hahahaha serius lawak sangat! masa Cik Nah cerita kat aku, masa tu kat tempat makan dalam hotel, memang serius aku bantai gelak kaw kaw lah. kalau aku jadi Cik Nah, memang tak khusyuk solat aku! hahahaha ye lah, sujud elok-elok tetibe bangun dunia gelap gelita! *gelak guling-guling*

ni kawasan tempat tunggu nak masuk rawdah.

Haa meh masuk rawdah meh!
  
Kawasan ni tempat Rasulullah SAW solat 
Ni Masjid Nabawi dari luar, payung tu cantik!

yeah, cantik tak cantik tak?
Then hari berikutnya kita pi Ziarah Madinah.. Yeeehaaaa.. Madinah rawk! Madinah was awesome!

Tadaaa~ ni Masjid Quba' *senyum*

Ni Masjiq Quba'. Masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah SAW
Ini diaaa Masjid Quba', MasyAllah masjid ni macam bersinar sinar ouuhh hahaha. Orang ramai sangat, nak masuk tempat perempuan sesak gila wa cakap lu. solat kat tepi pintu pun jadilah. Sampai ade aku nampak makcik tua ni, warganegara India kot.. dia solat kat luar masjid. Sebak je aku rasa tengok dia solat atas lantai yang kotor tu. takda alas pape beb.. dah lah dengan kedut-kedut dimuka, astaghfirullahalazim.. aku hanya mampu doa banyak-banyak semoga Tuhan memberkati makcik tu. Huhu.

Tengok laa betapa sesaknya nak masuk kawasan perempuan..
Ada Jual Kurma.. Pelbagai Jenis.. 
Kemudian pergi Jabal Uhud..

Hehehehe..

Thanks UFAT for the memories :)

Jabal Uhud ; suatu ketika dulu pernah berlaku peperangan Uhud disini
Kemudian pergi ke pasar tamar.. wowowooo buah kurma kat situ berlambak-lambak. sesak sangat sampai nak bayar pun payoh!  

Itu diaa.. macam mana? suka tak? syurga tamar nih.. kuikuikui..
Itu sahajalah yang aku ingat.. nanti kalau ada benda aku ter-miss, aku update balik lain kali yaaa.. by the way lupa pulak nak cakap, kat sana entah kenapa aku terdetik nak beli purdah dan pakai. Aku pun taktau macam mana boleh terdetik dalam hotak aku nak beli menatang tuh.. mula-mula cam rasa pelik sikit bila pakai, dah lama-lama alhamdulillah rasa selesa & selamat. Plus kat sana kan berhabuk, so cam kurang sikit aku punya batuk. and for your information setakat ni gua ada 3 jenis purdah yoww! padahal kat sana je pakai. InsyAllah kalau suatu hari nanti dah sampai seru, boleh lah pakai.. kuikuikui.. 

Ayat-ayat cinta tak?? kahkahkah!!
Baru aku sedar yang Unta sebenarnya cute sangat! 
Okay then masa nak tinggalkan Madinah, nak balik la kiranya.. cam sedih jeee laaaaaaa nak balik tu.. sempat gak aku habiskan duit Riyal aku. Beli je ape-ape pun nak bawak balik Malaysia. tapi kebanyakan duit dihabiskan untuk beli jubah. hihihi. entah bila lagi la aku nak pakai jubah kat Malaysia ni. Ke lepasni nak pakai jubaaaaaaaah je all the time? tak mungkin.. Malaysia is hot bebeh! hahaha tengok lah macam mana nanti.. hehehe. Simpan dulu dalam almari.. kot-kot satu hari terdetik nak pakai purdah ke kannnn.. boleh la pakai ngan jubah-jubah tu.. *senyum*


Ni Kilang Al-Quran. kitorang tak sempat datang.. sedih!

Bye-bye Mekah! Will Miss You! *sebak*
Pekerja kat Masjidil-haram
lagi satu, lupa nak cakap.. pekerja-pekerja kat sini memang terbaik laaaaaaa.. kerja diorang pantas je. tak sampai 10 minit diorang dah siap bersihkan area masjid. even time orang ramai tengah Tawaf pun diorang boleh bersihkan kawasan sekitar kaabah tu. Laju gilooooooooooo lah.. hahah salute kat diorang beb.. dah lah kerja kat tempat ibadah.. banyak pahala dia nokk! *salute*

Okay lah.. sampai sini jaaa.. penat menaip lah.. kuikuikui.. 

p/s: Setiap detik, setiap saat dan setiap masa aku akan merindui Tanah Haram. Moga-moga aku akan jadi tetamuNya lagi kelak. InsyAllah.. *tears*

No comments: