Di Tapak Yang Asing

Terasing dalam kelompok duniawi


Saban hari aku masih terfikirkan ..
Aku tahu, bila kau jatuh hari ini tak bererti kau akan lumpuh di kemudian hari.

Harus gimana lagi ?

Kan aku dah kata ! Aku memang Lalang habis ! 
Ke kiri ke kanan serupa gampang takda tulang.

Kini aku di tapak yang Asing.
Dengan kelompok - kelompok yang masih pusing,
Atau sebenarnya aku sendiri yang rasa terasing ?

Aku penat berhadapan dengan insan - insan yang merunsingkan,
Si Pemikir - pemikir Senteng yang sentiasa memandang enteng,
Apa dia ingat hidup ini boleh bergerak kedepan dan kebelakang sesuka hati macam kanak - kanak yang sedang main permainan teng - teng ?

Come on lah, kita sudah dua puluh dua belas.
Bukan satu sembilan lapan plus - plus.

Sepatutnya tak ada istilah Asing padahal masing - masing ada target yang mereka sendiri dah setting.

Hidup ni terlalu singkat,
Kalau asyik buat kerja terpaksa, terpaksa itu, terpaksa ini,
Bila lagi kita nak hidup dengan cara kita sendiri ?
Bila lagi kita nak merasa hidup yang kita punya ?
Mereka ada hidup mereka,
Kenapa mesti samakan kita - kita ini dengan mereka ?

Sebab apa ?
Sebab kononnya mereka berjaya ?
Habistu kalau nak berjaya kena jadi macam mereka ?
Kena tiru segala benda ?

Kalau semua jadi cikgu, siapa nak jadi doktor ? peguam ? pencuci tandas ?
kontraktor ? kerani ? Penjual nasi lemak ? Acai jual surat khabar ?

Masing - masing ada hak masing - masing.

Kita harus ingat, hidup ini bermula dari bawah.
Seperti seorang bayi yang mulanya belajar merangkak,
Merangkak kehulu - hilir dengan gelak tawa gembiranya,
dan kemudian belajar ber-tah-teh perlahan - lahan,
Lalu jatuh dan kembali bangun untuk terus berjalan.

Dan kini, dia mampu berlari.

Maka.. Aku mohon..

Biarkan kami hidup dalam ruang - ruang yang kami sendiri cari.


P/S: Ini persoalan yang wujud dalam fikiran insan - insan yang tak ketemu jawapan.

Terputusnya talian - talian hayat

Terlalu banyak yang terjadi dalam hidupku,
Dan aku selalu berada di persimpangan,
Persimpangan yang menentukan dua takdir yang berbeza.

Aku sedar,
Setiap persimpangan itu aku harus memilih antaranya,
Manusia tidak pernah dapat kesemuanya.
Manusia tidak akan puas dengan apa yang mereka ada.

Hidup ini terlalu singkat untuk memikirkan perihal yang amat panjang,
Atau perihal - perihal remeh yang tidak penting untuk difikirkan,
Walaupun sesuatu yang singkat akan berlaku dalam kehidupanku yang terasa pantas berlalu,

Kerana aku,
Menemuimu dikala ruang - ruang kosong itu terbiar sepi,
Yang kadangnya menjerit meronta - ronta minta diisi,
Memenuhi segenap ruang yang dimampatkan dengan halusinasi.

Kini, aku temui sesuatu dalam kehilanganku di masa lampau.
Dan cuba untuk mengikat tulang - tulang belakang dengan lebih erat, ketat,
Supaya tak ada siapa pun yang berani menggoncang tiang - tiang yang berdiri teguh
Lalu menjadi rangka - rangka keberjayaan.

Dengan Izin Allah.

Hari ini,
Aku telah memilih salah satu daripada opsyen yang terbentang di hadapan aku
Maka terputuslah talian - talian hayat aku dengan angan yang aku idamkan,
Walau lama mana pun angan kau simpan,
Jika tiada "Kun Fa Ya Kun" , Maka tiada lah jawapannya.

Mungkin ini Takdir-Nya.


Terlalu banyak persimpangan di hadapan kita
Terlalu banyak jalan yang ingin kita cuba lalui

Namun apalah daya, 
Kita hanya ada sepasang kaki yang diberikan Tuhan
Sepasang yang harus sentiasa berdua,
tak boleh dipisahkan antara sebelah dan sebelahnya

Lalu aku tersepit di persimpangan
Yang tiada papan tanda arah tujuan

Tak kiralah sama ada aku melangkah ke kiri atau pun ke kanan
Yang utamanya aku akan terus berjalan dan berjalan tanpa henti

Dan..

Tak akan menoleh kebelakang lagi.

Kecelaruan Matlamat

"Sekejap macam ni, sekejap macam tu. Mana satu?" - Hati


Jangan pernah cuba nak cakap itu ini sedangkan kau belum pernah berada di dalam kasut si tuan badan.

Yang negatif ja aku,
Ya lah, gua kan jahat.
Gua paling sial tahap mega,
Macam puaka, Celaka. 
Bawak Malapetaka.


So patutnya biar gua pergi jauh - jauh, biar gua belajar hidup sendiri, bagi chance gua alami sendiri. Gua tak pernah rasa pun semua tu, macam mana kau boleh tahu gua tak boleh? Cuba pun belum dah kondem. Kalau betul gua failed lepas gua dah cuba, baru gua boleh terima dengan muka loser gila tahap teragung di atas segala ke-bodoh-an gua tu.

Bukan hantar serangan machine gun biar gua jatuh takde tempat berpaut..

dan... Mati.

Gua tak ada masalah dengan essay 1000 patah perkataan itu, dah lali. Cuma tak faham kenapa mesti di kondem. For what? Fight for it? Nanti lain jadinya. Macam mana tu?

Cuba duduk diam - diam pasang telinga besar - besar dan dengar.

Yang akan lalui semua tu gua. Bukan orang lain.
Bukan soal siapa rasa masin dulu tapi kalau dah tak ngam macam mana?
Takkan nak tunggu dah terlambat baru nak beralih arah?

Jangan lah jatuh kan gua.
Tu semua ibarat dinding yang tinggi bagi gua nak tengok kehidupan luar.
Macam ni tak mampu lah gua nak tengok seberang.
Tangga pun tak ada, pemangkin apatah lagi.

Gua tak mampu nak terbang. Ibarat si penanggung Sepi.
Sepi yang tak mati - mati.
Terpandang ke kanan kiri, masih tercari - cari.

Mana satu ni?

...........

Celaru, Haru - biru.

Ingat masa awal - awal dulu gua decide nak stay sini pun sebab apa? Ingat gua tak fikir ke siapa nak teman siapa? Ingat gua ni teruk sangat ke? Tak boleh fikir? Ingat gua tak rasa pape ke tengok kawan - kawan gua fly sini sana? Gua? Tak faham situasi tolong lah jangan kondem.

Macam lah gua ni tak pernah buat apa - apa. Langsung.

Gua pernah teman dia pergi jauh berdua, tak ada masalah pun.
dan gua rasa gua lah yang paling lama duduk sini. Tak pernah berganjak. Sikit pun.

Cuba lah kosongkan satu tempat supaya gua tahu gua punyai ruang.

Tapi tak mengapalah, untuk semua gua follow the flow.

Oh iya, maksud 'minat' gua disini bukanlah dari segi course apa yang gua nak nanti, tapi dari segi cara pembelajaran sama ada yang penuh dengan teori ataupun praktikal. Gua benci hidup struggle dan penuh dengan rutin. Yang itu gua takboleh nak nafi.

Tq.

Tak kental..

Mulai saat ini, detik ini,

Aku tekad, kalau sem satu aku takboleh bawak aku chalo 2nd intake UPU/Politeknik.
Kalau dapat lah.

Aku cuma takboleh buat benda yang aku tak suka.
Aku penat nak sedapkan hati sendiri.
Tak kuat, tak kental.

Gua taktau nak story kat siapa. faham? Siapa je pun nak dengar?

Betul kata mak,
Kawan - kawan nanti bila dah habis sekolah diorang akan bawak haluan masing - masing,
mana dia kesah kita kita pergi mana ke tak pergi mana - mana ke kan?

Itulah, degil lagi lynn. Dulu SPM memain.
Sekarang hamek ko! padan muke aku.

Oh iya, aku masih dalam perhitungan sama ada nak stay atau blah.
Jadi, aku tengok result sem satu ni.

O.K atau K.O.

Tapi tak rugi masa ke?

Damn. ini serius mengelirukan.
Entah. Gua serabot.

Sekian Mekaseh.

Untitled (Berikan aku Tajuk)

Situasi dimana kau betul - betul terpaksa melakukan sesuatu yang kau tak suka / tak minat / tak yakin boleh bawa dengan jayanya.

Dan.. kau terpaksa sedapkan hati kau dengan kata - kata seperti ;

"Ya aku boleh !" 
"Come on la, kau boleh punya lah.."
"Wei wei wei relax, belum cuba belum tahu.."

One words : Palehotak.

Ya know.. I hate being in this situation.

Beb, gua tak minat semua ni beb. Tak Minat!
Tapi, gua tak ada pilihan lain.
Kenapa doh?

"sabar, takda rezeki nak buat macam mana" 

Muak lah dengar semua tu. Muak. Cemuih.

Ini serius celaka. Serius celaka.

Tekanan.

Ini bukan masalah tentang boleh atau tidak, ini masalah tentang tekanan dalam jiwa insan yang terpaksa melakukan sesuatu yang bukan dalam minatnya, yang bukan diinginkan atau diangankan atau dimahukan.

This is not a part of my list-to-do-before-twenty. This is NOT. totally Not.

and kawan - kawan, please.. jangan ganggu gua dengan soalan - soalan bodoh atau ;

"haaaahaaaaa kena pergi sekolah.. haaaaahaaaaaa~ *nada mengejek*"

Stuck, ikut hati gua nak maki. Tapi senyum jelah tunjuk gigi.
Apa korang ingat aku nak sangat pakai baju putih kain biru tu setiap hari?
Gua dah terfaktab beb, terfaktab. Lu orang takkan faham.

Ini urusan Masa Depan gua.

*ngeluh*

Lusa, bangun pagi; start motor dan pergi sekolah.

Kenapa Begini ?

Kiri - kanan, depan - belakang, hitam - putih, lelaki - perempuan. Ini semua lumrah dunia, yang pasti.

Tapi macam mana pula untuk yang kurang pasti? Yang kurang keyakinan diri? Yang serik untuk mencuba? Yang takut untuk terkena? Yang tak punyai sesiapa? Yang kurang serba kekurang kurangnya? dan.. Kenapa mesti ada persoalan yang kita sendiri tak berjaya nak leraikan?

Aku sendiri sesat dalam lautan ciptaan halusinasi.
Juga terfaktab dalam perasaan takut dan serik yang aku sendiri pernah alami.

Cemuih. Bosan. Jemu.


Dunia ini terlalu indah untuk dikesalkan,
terlalu singkat untuk disalahgunakan,
terlalu luas untuk kita tadbirkan.

Maka, buka cawangan kamu sendiri, daerah kamu, duduk disitu.

Di satu sudut untuk kau perhati diri sendiri.
Tingkah laku, amal jariah, langkah - langkah, nawaitu, perilaku,
Sudah cukup?

Di mana kita berada? Di bumi siapa kita jejak?
Siapa ikutan kita? Siapa asal usul kita?
Dengan siapa kita meminta?

Kita semua tahu jawapan bagi semua question mark diatas. Read : Kita SEMUA TAHU. Tapi persoalannya disini, sejauh mana kita tahu dan dalami setiap jawapan yang berada dalam minda kita - kita ini?

Kadangnya kita perlu bersendiri, open table-talk dengan diri, berbincang dengan hati tentang itu ini supaya kita dapat leraikan kekusutan yang kita sendiri cipta tanpa disedari.

Tak percaya ?

Cubalah.

Selamat Mencuba! *senyum*

p/s: Entri ini bukan entri dakwah islamiah, tetapi cukup sekadar memperingati diri sendiri dan kawan - kawan supaya sentiasa dalami pengangan hidup dan jati diri.

Ini Entri Serius

*muka serius*

Ringtone handphone capuk gua berbunyi menandakan ada notification baru masuk.
Gua diam. Tak peduli.

Entah kenapa sejak dua menjak ni gua malas benauu nak bimbit talipon mudah alih tu.
Entah kenapa. Gua pun tak tahu.

Padahal gua tahu talipon itu dicipta khas untuk dibimbit kemana sahaja supaya mudah untuk dihubungi.
Gua tahu tu semua, gua belum cukup bodoh lagi untuk jadi tepu seperti itu.

Gua tak ada masa. Tak ada masa nak fikir semua tu. Gua malas nak melayan.
Ah ! sudah sudah..

Ni gua nak cakap, gua ada masalah yang terlalu cepat curiga.
Terlalu cepat prasangka.
Terlalu cepat buat andaian.
Terlalu cepat terasa.

Wowoooo kalau nak list panjang lebauuu.. So disingkatkan, Gua ni penuh dengan Emosi. Sensitif.
Kalau ikutkan karakter yang diberi oleh cikgu kaunseling, gua ni tergolong dalam golongan artistik.

Ni dia huraian personaliti aku..

Individu yang tergolong dalam personaliti artistik merupakan indivdu yang suka kepada aktiviti-aktiviti yang bebas, tidak bersistematik dan kabur. Tingkah lakunya pula mirip kepada aktiviti-aktiviti seperti seni, muzik, drama dan juga penulisan. Mereka tidak begitu berminat kepada jenis-jenis perkeranian dan perniagaan. Jadi mereka lebih suka pekerjaan dan suasana artistik supaya dengan itu boleh melahirkan segala potensi dan kebolehan mereka dengan bebas. Kebolehan artistiknya digunakan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Ia menganggap dirinya sebagai ekspresif, original, lembut, tidak terikut-ikut, tidak teratur, mengikut gerak hati, kreatif, sensitif, imaginatif, suka bersendiri, terbuka, idealistik, bebas dan mempunyai kebolehan didalam artisitk dan muzik. Di samping menghargai nilai-nilai estetika, ia sangat benci kepada aktiviti-aktiviti Conventional (Conventional itu aktiviti yang teratur dan sistematik, kena ikut itu ini. Ish, rimas lah!)

Yes, nampak disitu ? nampak tak ?

Gua memang sensitif. Ini serius pengakuan berani mati.
Tapi gua jenis simpan. Malas nak amik port hal remeh - temeh. Benda kecik gua tak amik serius.
Sebabtu tak ramai yang tahu gua ni sensitif yang amat.

Jaga-jaga, gua juga seorang pentaksir yang mudah baca tingkah laku orang.
Mungkin sebab sifat gua yang terlalu suka berfikir sendirian buat gua jadi senang baca perangai orang. Gua jenis bila fikir satu benda tu, fikir dan gali sedalam - dalamnya. Sampai gua dapat jawapan yang gua nak.
Sampai dapat! Sampai puas!
Bukan nak kata apa, bukan juga masuk bakul angkat sendiri, Tidak.
Cuma itulah, mungkin naluri seorang wanita tu memang kuat kan?
Tapi tak semua tafsiran aku itu tepat. Kadangnya tersasar juga dari targetnya.
Yelah, gua bukan tuhan beb.

Gua pun manusia biasa.

Yang ada satu otak dimana terletaknya Akal,
Dan seketul daging yang bernama Hati dan perasaan.

Tak Kental.

P/s: Entah kenapa sekarang gua rasa berat hati, tak senang duduk. Macam ape entah. Karut!

Apalah daya..

Untuk kesekian kalinya, aku duduk disini lagi. Di depan laptob, jejari runcing menari-nari di papan kekunci hitam tanpa sebarang idea dalam minda. Ah! Kosong kosong ong ong~ (background music Najwa Latiff)

Assalamualaikum para bloggers, tak jawab dosa..

Haaa.. ingat gua lagi tak? Maaf lah sudah lama gua tak menulis disini. Entah kenapa sejak buat blog baru ni semangat nak menulis entri tu macam dah terpadam, hilang ; Ghaib. Mungkin sebab gua merajuk sebab terlalu rindukan blog lama aku ( http://katakitakamuawak.blogspot.com ) yang gua rasa kena hacked sampai gua takboleh log in. Ini serius celaka. Dia tak tahu ke gua sayang blog tu tahap Dewa? Otak pun dah beku tak tahu nak update apa.

*tetiup habuk, fuhh.. fuhh..*

Sekarang, gua dah masuk dunia baru.. Dunia Lapan - Belas, atau dengan kata lain pra-dewasa. Yelah, dah takpayah risau tak lepas masuk panggung dah. Even gua selama ni tak pernah tak lepas masuk panggung pun tapi gua tetap nak tarik nafas lega. fuhh..

Okaylah, entri kali ni gua nak cerita life baru gua sekarang.. Which is, I'm in Pra-University Seri Serdang.

Haa??!! Apetuu Pra-University Seri Serdang?? Sejak bila Seri Serdang ada University nih??!!

Okay stop.. takpayah buat muka terkejut beruk okay.. Pra-U tu Form Six sayang.. Haa gitu deh.. Faham?

Ceritanya begini.. Dulu masa lepas habis SPM, bunyi je loceng last paper (Sains Pertanian kertas 2), gua dah melompat-lompat set dalam otak ni yang gua dah taknak sarung uniform putih kain biru ni dah!! Fullstop, muktamad!! Never and Ever!!

Tapi itulah orang cakap, yang kita taknak itulah yang kita dapat nanti. Which is, gua tak dapat ke temuduga course Art yang gua apply tu, so maknanya memang gua tak dapat la course tu sebab temuduga pun tak dipanggil ye dok? Cis, frustrated beteii gua time tuh!

Lalu, dengan kekecewaan yang semakin membuku dihati gua nih, gua pun accept lah tawaran ke Tingkatan Enam Bawah dekat SMK Seri Serdang itu.. Sementara nak tunggu rayuan UPU tu kan.. Kalau dapat, gua chalo lah.. Cenggitu..

So, sekarang waiting for second Intake. Kalau First Sem Form six ni gua takboleh bawak, Serius gua chalo dari situ. Sebab gua tak berapa minat sebenarnya pembelajaran yang kena struggle macam ni.. Gua takut takboleh bawak je nanti.

So... Kita tunggu dan lihat sajalah.. Ya? *senyum*

Addoooiiii... Apalah daya, Serius tak ada Idea langsung dalam kepala hotak gua ni nak menulis..
Kosongg.. Kosonggg ongg onggg...


P/s: Oh ya ! terkejut nauu aku tengok view baru blogspot ni.. Nasib baik ler gua ni Celik IT so tak menjadi masalah untuk menyelenggarakan blogspot dot com ni.. Ewahh..