Ini Entri Serius

*muka serius*

Ringtone handphone capuk gua berbunyi menandakan ada notification baru masuk.
Gua diam. Tak peduli.

Entah kenapa sejak dua menjak ni gua malas benauu nak bimbit talipon mudah alih tu.
Entah kenapa. Gua pun tak tahu.

Padahal gua tahu talipon itu dicipta khas untuk dibimbit kemana sahaja supaya mudah untuk dihubungi.
Gua tahu tu semua, gua belum cukup bodoh lagi untuk jadi tepu seperti itu.

Gua tak ada masa. Tak ada masa nak fikir semua tu. Gua malas nak melayan.
Ah ! sudah sudah..

Ni gua nak cakap, gua ada masalah yang terlalu cepat curiga.
Terlalu cepat prasangka.
Terlalu cepat buat andaian.
Terlalu cepat terasa.

Wowoooo kalau nak list panjang lebauuu.. So disingkatkan, Gua ni penuh dengan Emosi. Sensitif.
Kalau ikutkan karakter yang diberi oleh cikgu kaunseling, gua ni tergolong dalam golongan artistik.

Ni dia huraian personaliti aku..

Individu yang tergolong dalam personaliti artistik merupakan indivdu yang suka kepada aktiviti-aktiviti yang bebas, tidak bersistematik dan kabur. Tingkah lakunya pula mirip kepada aktiviti-aktiviti seperti seni, muzik, drama dan juga penulisan. Mereka tidak begitu berminat kepada jenis-jenis perkeranian dan perniagaan. Jadi mereka lebih suka pekerjaan dan suasana artistik supaya dengan itu boleh melahirkan segala potensi dan kebolehan mereka dengan bebas. Kebolehan artistiknya digunakan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Ia menganggap dirinya sebagai ekspresif, original, lembut, tidak terikut-ikut, tidak teratur, mengikut gerak hati, kreatif, sensitif, imaginatif, suka bersendiri, terbuka, idealistik, bebas dan mempunyai kebolehan didalam artisitk dan muzik. Di samping menghargai nilai-nilai estetika, ia sangat benci kepada aktiviti-aktiviti Conventional (Conventional itu aktiviti yang teratur dan sistematik, kena ikut itu ini. Ish, rimas lah!)

Yes, nampak disitu ? nampak tak ?

Gua memang sensitif. Ini serius pengakuan berani mati.
Tapi gua jenis simpan. Malas nak amik port hal remeh - temeh. Benda kecik gua tak amik serius.
Sebabtu tak ramai yang tahu gua ni sensitif yang amat.

Jaga-jaga, gua juga seorang pentaksir yang mudah baca tingkah laku orang.
Mungkin sebab sifat gua yang terlalu suka berfikir sendirian buat gua jadi senang baca perangai orang. Gua jenis bila fikir satu benda tu, fikir dan gali sedalam - dalamnya. Sampai gua dapat jawapan yang gua nak.
Sampai dapat! Sampai puas!
Bukan nak kata apa, bukan juga masuk bakul angkat sendiri, Tidak.
Cuma itulah, mungkin naluri seorang wanita tu memang kuat kan?
Tapi tak semua tafsiran aku itu tepat. Kadangnya tersasar juga dari targetnya.
Yelah, gua bukan tuhan beb.

Gua pun manusia biasa.

Yang ada satu otak dimana terletaknya Akal,
Dan seketul daging yang bernama Hati dan perasaan.

Tak Kental.

P/s: Entah kenapa sekarang gua rasa berat hati, tak senang duduk. Macam ape entah. Karut!

No comments: