Kecelaruan Matlamat

"Sekejap macam ni, sekejap macam tu. Mana satu?" - Hati


Jangan pernah cuba nak cakap itu ini sedangkan kau belum pernah berada di dalam kasut si tuan badan.

Yang negatif ja aku,
Ya lah, gua kan jahat.
Gua paling sial tahap mega,
Macam puaka, Celaka. 
Bawak Malapetaka.


So patutnya biar gua pergi jauh - jauh, biar gua belajar hidup sendiri, bagi chance gua alami sendiri. Gua tak pernah rasa pun semua tu, macam mana kau boleh tahu gua tak boleh? Cuba pun belum dah kondem. Kalau betul gua failed lepas gua dah cuba, baru gua boleh terima dengan muka loser gila tahap teragung di atas segala ke-bodoh-an gua tu.

Bukan hantar serangan machine gun biar gua jatuh takde tempat berpaut..

dan... Mati.

Gua tak ada masalah dengan essay 1000 patah perkataan itu, dah lali. Cuma tak faham kenapa mesti di kondem. For what? Fight for it? Nanti lain jadinya. Macam mana tu?

Cuba duduk diam - diam pasang telinga besar - besar dan dengar.

Yang akan lalui semua tu gua. Bukan orang lain.
Bukan soal siapa rasa masin dulu tapi kalau dah tak ngam macam mana?
Takkan nak tunggu dah terlambat baru nak beralih arah?

Jangan lah jatuh kan gua.
Tu semua ibarat dinding yang tinggi bagi gua nak tengok kehidupan luar.
Macam ni tak mampu lah gua nak tengok seberang.
Tangga pun tak ada, pemangkin apatah lagi.

Gua tak mampu nak terbang. Ibarat si penanggung Sepi.
Sepi yang tak mati - mati.
Terpandang ke kanan kiri, masih tercari - cari.

Mana satu ni?

...........

Celaru, Haru - biru.

Ingat masa awal - awal dulu gua decide nak stay sini pun sebab apa? Ingat gua tak fikir ke siapa nak teman siapa? Ingat gua ni teruk sangat ke? Tak boleh fikir? Ingat gua tak rasa pape ke tengok kawan - kawan gua fly sini sana? Gua? Tak faham situasi tolong lah jangan kondem.

Macam lah gua ni tak pernah buat apa - apa. Langsung.

Gua pernah teman dia pergi jauh berdua, tak ada masalah pun.
dan gua rasa gua lah yang paling lama duduk sini. Tak pernah berganjak. Sikit pun.

Cuba lah kosongkan satu tempat supaya gua tahu gua punyai ruang.

Tapi tak mengapalah, untuk semua gua follow the flow.

Oh iya, maksud 'minat' gua disini bukanlah dari segi course apa yang gua nak nanti, tapi dari segi cara pembelajaran sama ada yang penuh dengan teori ataupun praktikal. Gua benci hidup struggle dan penuh dengan rutin. Yang itu gua takboleh nak nafi.

Tq.

No comments: