Kenapa Begini ?

Kiri - kanan, depan - belakang, hitam - putih, lelaki - perempuan. Ini semua lumrah dunia, yang pasti.

Tapi macam mana pula untuk yang kurang pasti? Yang kurang keyakinan diri? Yang serik untuk mencuba? Yang takut untuk terkena? Yang tak punyai sesiapa? Yang kurang serba kekurang kurangnya? dan.. Kenapa mesti ada persoalan yang kita sendiri tak berjaya nak leraikan?

Aku sendiri sesat dalam lautan ciptaan halusinasi.
Juga terfaktab dalam perasaan takut dan serik yang aku sendiri pernah alami.

Cemuih. Bosan. Jemu.


Dunia ini terlalu indah untuk dikesalkan,
terlalu singkat untuk disalahgunakan,
terlalu luas untuk kita tadbirkan.

Maka, buka cawangan kamu sendiri, daerah kamu, duduk disitu.

Di satu sudut untuk kau perhati diri sendiri.
Tingkah laku, amal jariah, langkah - langkah, nawaitu, perilaku,
Sudah cukup?

Di mana kita berada? Di bumi siapa kita jejak?
Siapa ikutan kita? Siapa asal usul kita?
Dengan siapa kita meminta?

Kita semua tahu jawapan bagi semua question mark diatas. Read : Kita SEMUA TAHU. Tapi persoalannya disini, sejauh mana kita tahu dan dalami setiap jawapan yang berada dalam minda kita - kita ini?

Kadangnya kita perlu bersendiri, open table-talk dengan diri, berbincang dengan hati tentang itu ini supaya kita dapat leraikan kekusutan yang kita sendiri cipta tanpa disedari.

Tak percaya ?

Cubalah.

Selamat Mencuba! *senyum*

p/s: Entri ini bukan entri dakwah islamiah, tetapi cukup sekadar memperingati diri sendiri dan kawan - kawan supaya sentiasa dalami pengangan hidup dan jati diri.

No comments: