Makin Jauh



The power of eye-contact. 

Tak Seperti Dulu



Aku rindu suasana yang dulu.
Maafkan aku bila ada rasa begini.
Tapi sungguh, aku rindu.

Aku cuba, 
Semarakkan perasaan itu. 
Naikkan semangat dulu - dulu.
Aku masih mentah, muda.
Aku cuba.
Untuk semua.

Maaf Zahir Batin.

Jantung Hati

Ramadhan kedua,
Tanpa dia.
Aku rindu,
Hati sayu,
Jiwa kacau,

Entah kenapa setiap kali aku dalam kekusutan,
Mesti wajah dia aku terbayang.

Terbayang betapa ruginya aku
Mensia - siakan masa yang ada bersamanya
Betapa jahatnya aku
Mengecewakannya
Betapa dia sabar
Dan tenang dalam apa pun situasi
Tenang melayan kerenah aku
Memujuk bila aku keliru

Dia saja yang sanggup melayan aku pagi petang siang malam
Dia saja yang rajin melayan kerenah aku yang memeningkan ni
Dia saja yang mampu membuat aku terasa diri ini sangat kuat
Dia saja yang mengajar aku erti hidup, penguat semangat
Dan hanya dia saja sebab yang aku ada untuk teruskan hidup ini

Kerana itu dia.. Jantung Hati aku.

Bait - bait terakhir yang terpancul dari bibirnya
Di suatu pintu saat kalimah "aku datang menyahut seruanMu" itu dilaungkan,
akan aku pegang sampai aku temui kamu, nanti.

Di sana. InsyAllah.

Ya Allah, kau tempatkanlah dia di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Sungguh, aku mengharapkan jodoh yang bakal menjaga aku nanti mempunyai perangai iras dia.
Sungguh, kalau ada lelaki serupa dia hadir dalam hidup aku, aku bakal jatuh tergolek serta merta.

Sungguh.

Mungkin kerana itu.. aku masih sendiri.

Dialah Cinta Hati Aku. Selamanya.

Al - Fatihah buat Wiraku.. Me always be your girl, Abah *smile*

Tersasar Jauh

"Kerana aku,
Menemuimu dikala ruang - ruang kosong itu terbiar sepi,
Yang kadangnya menjerit meronta - ronta minta diisi,
Memenuhi segenap ruang yang dimampatkan dengan halusinasi."

Khilaf aku tersasar jauh begini.
Jangan risau, aku masih dalam kawalan rapi.

Tapi...

Aku masih tertanya - tanya,
Adakah ini realiti,
Angan ataupun sekadar satu permainan ?

Aku masih tertanya - tanya,
Bagaimanakah kesudahan nya,
Sama ataupun berbeda ?

Atau aku yang masih tenggelam dalam lautan persoalan yang aku cipta sendiri.

Dan ternyata..

Masih ada ruang yang ingin aku penuhkan
Masih ada tangan yang ingin aku genggamkan
Masih ada nafas yang ingin aku ledakan
Masih ada jiwa yang ingin aku taklukkan
Masih ada masa yang ingin aku luangkan

Bersama.

Atau aku akan terus begini ?
Statik dalam dunia sendiri ?

Terlalu banyak persoalan.

Tuhan, andai ini takdirMu, permudahkanlah.

Kosong

Gua akui sejak memasuki dunia Pra - Universiti ini gua jarang ber-blogging. (Ya, sengaja gua gunakan Pra - Universiti berbanding tingkatan 6 untuk menyedapkan hati sendiri.)

Untuk kesekian kalinya, gua berada di sini lagi.
Di hadapan sebuah komputer riba hitam bersama satu otak yang sedang ligat berfikir.

Gua cuma nak cakap yang sejak kebelakangan ni gua sering terperangkap dalam satu situasi dimana gua perlu memilih salah satu opsyen yang terbentang di hadapan gua.

Secara amnya, gua buat entri ini tanda maaf gua kepada encik sekian sekian sebab gua rasa macam gua ni jahat sangat buat macam ni.

Maafkan saya, bukan niat dihati nak beri harapan setinggi gunung dekat awak. Bukan juga berniat sekadar mahu singgah sebentar dan berlalu pergi dengan muka tak bersalah tahap agung. Bukan.

Gua tak sejahat itu. Kalau gua macam tu, tak ada entri sebegini di dalam blog gua.

Apa alasan gua buat macam ni biar gua sorang je tahu.
Paksa la macam mana pun, gua tetap takkan bagi tahu.

Dan yang penting sekali, the reason is ain't about 'Teman Baru' yang macam lu cakap dekat gua that day. Kisah kita tak ada kena mengena dengan kawan-kawan gua. Gua tak nak lu campurkan mereka dalam cerita kita. Cerita sini, habis dekat sini ja. Tak ada istilah 'Teman Baru' dalam hidup gua. Kalau ada pun, bukan sekarang masa nya. Gua tak ada masa nak fikir semua tu.

dan secara jujurnya, gua ada baca status di muka buku lu,

And I was like.. entahlah.. Anyway thank you sebab ada rasa begitu.

Gua sebenarnya tak suka bila ending sesuatu relationship tu macam ni. Ending dengan delete/block/unfollow dekat facebook dan twitter. Tapi dah itu yang lu nak, gua ikutkan aje.

Sebab kalau boleh gua nak kita settle secara baik, damai. Kita boleh berkawan macam biasa. Macam selalu? Macam sebelum lu cakap dekat gua ayat - ayat ajaib yang dah musnahkan persahabatan kita.

Gua lebih senang dengan berkawan. Gua dah malas sebenarnya nak fikir semua ni.
Gua dah cakap awal - awal gua tak boleh 'pergi jauh' dengan lu.
Gua dah cuba, tapi tak tahu kenapa still tak boleh.

Yang penting nya gua tahu gua tak ada masa untuk semua tu.

Tolonglah faham.

Once again, I'm sorry my dear. Like seriously, I am really sorry. Takecare.