Kosong

Gua akui sejak memasuki dunia Pra - Universiti ini gua jarang ber-blogging. (Ya, sengaja gua gunakan Pra - Universiti berbanding tingkatan 6 untuk menyedapkan hati sendiri.)

Untuk kesekian kalinya, gua berada di sini lagi.
Di hadapan sebuah komputer riba hitam bersama satu otak yang sedang ligat berfikir.

Gua cuma nak cakap yang sejak kebelakangan ni gua sering terperangkap dalam satu situasi dimana gua perlu memilih salah satu opsyen yang terbentang di hadapan gua.

Secara amnya, gua buat entri ini tanda maaf gua kepada encik sekian sekian sebab gua rasa macam gua ni jahat sangat buat macam ni.

Maafkan saya, bukan niat dihati nak beri harapan setinggi gunung dekat awak. Bukan juga berniat sekadar mahu singgah sebentar dan berlalu pergi dengan muka tak bersalah tahap agung. Bukan.

Gua tak sejahat itu. Kalau gua macam tu, tak ada entri sebegini di dalam blog gua.

Apa alasan gua buat macam ni biar gua sorang je tahu.
Paksa la macam mana pun, gua tetap takkan bagi tahu.

Dan yang penting sekali, the reason is ain't about 'Teman Baru' yang macam lu cakap dekat gua that day. Kisah kita tak ada kena mengena dengan kawan-kawan gua. Gua tak nak lu campurkan mereka dalam cerita kita. Cerita sini, habis dekat sini ja. Tak ada istilah 'Teman Baru' dalam hidup gua. Kalau ada pun, bukan sekarang masa nya. Gua tak ada masa nak fikir semua tu.

dan secara jujurnya, gua ada baca status di muka buku lu,

And I was like.. entahlah.. Anyway thank you sebab ada rasa begitu.

Gua sebenarnya tak suka bila ending sesuatu relationship tu macam ni. Ending dengan delete/block/unfollow dekat facebook dan twitter. Tapi dah itu yang lu nak, gua ikutkan aje.

Sebab kalau boleh gua nak kita settle secara baik, damai. Kita boleh berkawan macam biasa. Macam selalu? Macam sebelum lu cakap dekat gua ayat - ayat ajaib yang dah musnahkan persahabatan kita.

Gua lebih senang dengan berkawan. Gua dah malas sebenarnya nak fikir semua ni.
Gua dah cakap awal - awal gua tak boleh 'pergi jauh' dengan lu.
Gua dah cuba, tapi tak tahu kenapa still tak boleh.

Yang penting nya gua tahu gua tak ada masa untuk semua tu.

Tolonglah faham.

Once again, I'm sorry my dear. Like seriously, I am really sorry. Takecare.

No comments: