Kembalikan

Aku percaya Tuhan telah tetapkan yang terbaik buat hamba-Nya.
Aku yakin, dan tak mungkin akan menyesal dengan apa yang aku buat ni.

Aku letih, aku penat, tak terdaya nak harungi semua ni lagi.
Bukan mengalah, tapi kamu yang tak pernah nak berjuang untuk memperbetulkan keadaan.
Padahal kamu sedar ada sesuatu yang luar biasa berlaku antara kita.
Kita dah tak sama. Tak sehaluan. Tak seperti dulu.
Atau mungkin khilaf aku juga yang tak pernah nak ceritakan segalanya, pada kamu.

Khilaf aku.

Dan aku sedar, aku yang burukkan keadaan,
Aku punca retaknya ukhwah ini,
Aku yang pilih untuk menghilang, menyendiri.
Prinsip aku, tiap apa yang aku buat,
aku tanggung segala risiko baik buruk.
Mungkin kita perlukan ruang,
Untuk bersendiri,
Untuk memperbaiki kesilapan diri,
Untuk memperbetulkan situasi,
Untuk buang segala rasa sakit ini,
Untuk kembalikan kita yang dulu,
Ya aku tahu aku yang perlukan ruang, bukan kamu.

Tapi percayalah kawan..
Aku buat semua ni untuk kita.
Kerana aku sayangkan ikatan ini.

Jadi.. jangan cari aku, untuk beberapa ketika ini.

"meskipun kita berbeda, namun ku ingin kau mengerti 
bahawa sebenarnya ku tak pernah mampu untuk menjauh darimu" - Selalu Milikmu

P/s: Bila hadapi masalah, satu benda je kita kena buat... Senyum!