Tolong Ingatkan Aku

"Dalam diam ada seorang yang ku puja, 
Kau teristimewa tapi 'dia' yang sempurna..
Dia yang sempurna"

*senyum*

Tolong, jangan buat aku berhenti,
Tolong, jangan bosan dengan aku,
Tolong, jangan biarkan aku putus asa,
Dengan kamu.

Maaf..

Sekurang-kurangnya
Biarlah diri ini rasa diingati, dihargai.

Tolong ingatkan aku,
Kisah ku tersedar dengan saku penyeluk masa.

Kau dampingi aku setiap detik jantungku berdetak,
Setiap nota jiwaku berlagu rindu.

Aku tinggalkan rasa itu bersemadi disini,
Mengharapkan sesuatu yang pasti.

Jaga diri, suatu hari nanti, aku pasti datang mencari.

Andai suatu masa aku mula berputus asa,
Carilah aku, pada yang maha Esa.

[Kamar Bilik Sang Puteri, 3.33 a.m.]

Bertahan


Hanya satu kini pintaku
Jangan kau kembali dan jauhi hidupku
Lakukan saja semua apa yang kau mau
Kini ku telah bahagia tanpa dirimu
Dulu kau ada di hatiku
Menjadi bahagian terindah dalam hidupku
Namun kau berpaling dan kecewakan diriku
Kau buat hati ini hancur dan telah membeku
Andaikan ku mampu bertahan
Kan ku coba untuk mengerti
Meski engkau tak mampu lagi untuk mencinta
Namun hati ini tetap akan ku jaga
Sungguh teganya kau meninggalkanku
Di saat ku mencintaimu
Dengan mudahnya kau melupakan aku
Dengan mudahnya kau menghapus aku

Anyway, hehe comel pulak Randy buat rambut cenggitu.. *jelir lidah*

Cahaya yang Berterusan..


Sepanjang hidup aku, aku tak pernah terfikir untuk mencari makna nama aku.
Ya, sepanjang hidup.

Sehingga beberapa minit yang lepas, aku terdetik untuk mencari makna nama aku.

Nama penuh: Nurul Wan Adzlyn.
Dimana 'Nurul' itu bermaksud 'Cahaya'
dan 'Wan' itu hanyalah nama keturunan..
dan akhir sekali 'Adzlyn' itu bermaksud 'Yang Berterusan / Sentiasa Ada"

"Cahaya yang Berterusan.."

Alhamdulillah..
Indahnya, manisnya, cantiknya..

Terima kasih Emak,
Terima kasih Abah.

Sayang semua!

"Izinkan aku.. Untuk menjadi cahayamu yang sentiasa disisi, dan berterusan menerangi.." 

*senyum*

Semoga aku mampu menjadi insan yang lebih baik,
Seiring dengan akhlaknya yang secantik nama..

P/s: Oh iya! Sebelum terlupa, Lynn (nickname) aku bermaksud 'Lembut'.. Jadi adakah aku ini lembut orangnya? Wallahualam.. Assalamu'alaikum..

Diam dan Kelam

Ketika tiada kata yang terucap dari bibir,
diam mampu ungkapkan apa yang tak terkatakan.
Tapi tak semua boleh memahami.
Hanya hati yang selalu mengerti.
Dan apabila diam mula menguasai,
Dari situ kita akan sedari,
Peduli?



Kadangnya diam itu lebih baik daripada berkata-kata.

Selangkah pergi,
Selangkah menghindari,
Selangkah kehadapan,
Selangkah menuju kejayaan.

Senyum!

Tapi kita masih punyai masa bukan?
Masih muda dan masih mentah.
Punyai ruang dan peluang.
Usah ragu dengan takdir.
Segalanya ketentuan Tuhan.

xoxo

Tentang Rasa..


Seminggu di kampung halaman betul-betul membuatkan aku terasa sangat tenang.
Terasa sayang nak tinggalkan kampung halaman. Ah! Seronoknya..

Sungguh, seminggu itu aku benar-benar tenang.
Sehingga sampai masanya sepasang kaki milik aku jejak di tanah asal ini,
Aku kembali runsing dan pusing dengan keadaan keliling.
Macam-macam cerita yang menjengah ke telinga.
Tak mengapa, mungkin ini hikmahnya.
Aku terima dengan hati yang terbuka.
InsyAllah.

Dan..

Tentang rasa, rasa itu..
Rasa ini..

Aku tak tahu dari mana datangnya kekuatan itu.
Sejak dua tapak kaki ini berdiri di sini,
Aku seperti aku yang baru, semangat yang baru.
Berani untuk menjadi aku yang aku.
Bukan aku yang dulu.

Terima kasih daun keladi,
Aku tahu kau yang mengajar semua ni.
Walaupun tanpa kau sedari..
Makasi ya buk!

Jujur dari hati, aku perlukan kau.
Tapi aku tak tahu sebagai apa,
Untuk apa, ataupun kenapa aku perlukan kau.
Tapi sumpah aku yakin dengan naluri aku,
Aku perlukan kau.
Dan kau pula........

Semakin hilang,
dan aku yakin kau akan menjauh.
menjauh dan akan terus pergi..
Sedangkan aku.... tak pernah mampu.......

"Saya tak akan paksa,
Awak yang berhak untuk tentukan hidup awak,
Yang berhak memilih dengan siapa awak berkawan,
dan berhak tentukan siapa yang awak nak tinggalkan.
Tapi kalau lah awak rasa apa yang saya rasa..
Tolonglah.. Jangan pergi.."

Mungkin terlalu awal untuk aku cerita semua ni,
Semuanya berlaku dengan pantas,
Dalam masa yang sangat singkat.
Di saat aku sedang bingung dengan pelbagai ragam,
Di saat aku sedang mencari arah tuju,
Di saat aku sedang mencari diri aku sendiri,
Di saat aku terasa bagai tiada siapa yang mengerti,
Di saat itu, kau muncul.

Ya. Belum tiba masanya untuk aku fikirkan semua ni,
Aku pun belum cukup yakin, belum pasti.
Tentang hati, tentang rasa,
Tapi yang aku pasti,
Aku nampak kau disisi.
Walau mungkin itu hanyalah halusinasi.

Yang utamanya aku mula belajar dari kesilapan.
Belajar untuk lebih menghargai.
Terimakasih kepada insan yang sentiasa ada bersama aku.
Aku hargai..

Jadi untuk apa semua rasa ini?
Kenapa terusik sedangkan kau tak pernah diusik?
Kenapa tersentuh andai kau tak pernah disentuh?
Kenapa menanti bila kau tak pernah diperhati?
Kenapa merajuk jika tiada yang nak pujuk?
Kenapa ya?

Mungkin juga karma..

Ya Allah.. andai ini takdir-Mu, Permudahkanlah!

*bingung*

Apapun.. Terima kasih ya tuhan, untuk peluang kali ini.

Masih sabar menanti,
Setia meniti hari,
Sentiasa yakin dan pasti.
Bersabarlah wahai hati..
Innalaha ma'assobirin. 
Insha-Allah.