Tentang Rasa..


Seminggu di kampung halaman betul-betul membuatkan aku terasa sangat tenang.
Terasa sayang nak tinggalkan kampung halaman. Ah! Seronoknya..

Sungguh, seminggu itu aku benar-benar tenang.
Sehingga sampai masanya sepasang kaki milik aku jejak di tanah asal ini,
Aku kembali runsing dan pusing dengan keadaan keliling.
Macam-macam cerita yang menjengah ke telinga.
Tak mengapa, mungkin ini hikmahnya.
Aku terima dengan hati yang terbuka.
InsyAllah.

Dan..

Tentang rasa, rasa itu..
Rasa ini..

Aku tak tahu dari mana datangnya kekuatan itu.
Sejak dua tapak kaki ini berdiri di sini,
Aku seperti aku yang baru, semangat yang baru.
Berani untuk menjadi aku yang aku.
Bukan aku yang dulu.

Terima kasih daun keladi,
Aku tahu kau yang mengajar semua ni.
Walaupun tanpa kau sedari..
Makasi ya buk!

Jujur dari hati, aku perlukan kau.
Tapi aku tak tahu sebagai apa,
Untuk apa, ataupun kenapa aku perlukan kau.
Tapi sumpah aku yakin dengan naluri aku,
Aku perlukan kau.
Dan kau pula........

Semakin hilang,
dan aku yakin kau akan menjauh.
menjauh dan akan terus pergi..
Sedangkan aku.... tak pernah mampu.......

"Saya tak akan paksa,
Awak yang berhak untuk tentukan hidup awak,
Yang berhak memilih dengan siapa awak berkawan,
dan berhak tentukan siapa yang awak nak tinggalkan.
Tapi kalau lah awak rasa apa yang saya rasa..
Tolonglah.. Jangan pergi.."

Mungkin terlalu awal untuk aku cerita semua ni,
Semuanya berlaku dengan pantas,
Dalam masa yang sangat singkat.
Di saat aku sedang bingung dengan pelbagai ragam,
Di saat aku sedang mencari arah tuju,
Di saat aku sedang mencari diri aku sendiri,
Di saat aku terasa bagai tiada siapa yang mengerti,
Di saat itu, kau muncul.

Ya. Belum tiba masanya untuk aku fikirkan semua ni,
Aku pun belum cukup yakin, belum pasti.
Tentang hati, tentang rasa,
Tapi yang aku pasti,
Aku nampak kau disisi.
Walau mungkin itu hanyalah halusinasi.

Yang utamanya aku mula belajar dari kesilapan.
Belajar untuk lebih menghargai.
Terimakasih kepada insan yang sentiasa ada bersama aku.
Aku hargai..

Jadi untuk apa semua rasa ini?
Kenapa terusik sedangkan kau tak pernah diusik?
Kenapa tersentuh andai kau tak pernah disentuh?
Kenapa menanti bila kau tak pernah diperhati?
Kenapa merajuk jika tiada yang nak pujuk?
Kenapa ya?

Mungkin juga karma..

Ya Allah.. andai ini takdir-Mu, Permudahkanlah!

*bingung*

Apapun.. Terima kasih ya tuhan, untuk peluang kali ini.

Masih sabar menanti,
Setia meniti hari,
Sentiasa yakin dan pasti.
Bersabarlah wahai hati..
Innalaha ma'assobirin. 
Insha-Allah.

No comments: