Tolong Ingatkan Aku

"Dalam diam ada seorang yang ku puja, 
Kau teristimewa tapi 'dia' yang sempurna..
Dia yang sempurna"

*senyum*

Tolong, jangan buat aku berhenti,
Tolong, jangan bosan dengan aku,
Tolong, jangan biarkan aku putus asa,
Dengan kamu.

Maaf..

Sekurang-kurangnya
Biarlah diri ini rasa diingati, dihargai.

Tolong ingatkan aku,
Kisah ku tersedar dengan saku penyeluk masa.

Kau dampingi aku setiap detik jantungku berdetak,
Setiap nota jiwaku berlagu rindu.

Aku tinggalkan rasa itu bersemadi disini,
Mengharapkan sesuatu yang pasti.

Jaga diri, suatu hari nanti, aku pasti datang mencari.

Andai suatu masa aku mula berputus asa,
Carilah aku, pada yang maha Esa.

[Kamar Bilik Sang Puteri, 3.33 a.m.]

No comments: