Tentang Persahabatan

Terlalu banyak yang perlu dihadapi.
Terlalu banyak yang perlu dikaji dan diperhati.
Sampai satu masa kita sedar --- terjaga dari tidur yang lena
Pada suatu garisan panjang, terhenti di antara dua simpang.
Persimpangan yang tiap satunya membawa kamu ke arah yang beda.
Yang mungkin hujungnya putih atau hitam;
Terserah, pilihan itu di kiri dan kanan.
Opsyen dan autoriti sepenuhnya di tangan kini.

Ayuh.

Tentang entri kali ini, aku menulis untuk judul sahabat.
Yang dari kecilnya aku perlu.
Hingga kini masih perlu.

Sahabat.

Walau silih berganti,
Walau musim berganti musim;
Walau rupanya beda tiap masa
Tetap dukung makna yang sama.

Kerna aku cukup lengai untuk hadap figura yang sama
Sepanjang masa --- dalam tempoh yang lama.

Mungkin aku ini sedang merasa hidup tanpa hati
Punya rasa sayang, tapi silih berganti
Punya rasa benci, yang mudah saja pergi
Punya rasa suka, tapi diselit juga benci.

Mungkin aku ini,
Ditakdirkan memang suka hidup sendiri.
Bukan tak punya sahabat, ada.
Yang memang sentiasa di sisi.
Yang paling gua perlu.
Tapi ... gua lebih suka menyendiri.

Tanpa hati, tanpa benci.
Sendiri.
Sepi.
Sunyi.

Happy.

Kuala Lumpuh (Kelumpuh)

Satu peta penuh kerja
Satu peta penuh drama
Satu peta penuh manusia
Satu peta penuh bala
Satu peta penuh bara
Satu peta penuh kuasa.

Gila kuasa. 

Kota yang ligat membangun mengejar dua puluh dua puluh
Kota yang disanjung tinggi penuh persepsi dan kontroversi
Kota yang berdiri megah mendabik dada menyumbang bencana
Kota yang kian pincang didabik sang angkuh
Kota yang konon menampung namun melumpuh

Kita yang kian melumpuh
Kudrat yang makin merapuh
Kerana populasi yang penuh angkuh

Metropolis, 
Monokrasi,
Bukan lagi meritokrasi.

Kota Lumpuh. 

Proses pra-matang

Emosi itu sesuatu yang subjektif, fleksibel dan mampu berubah-ubah tanpa kau sedari.

Sedih - Kecewa - Suka - Gembira - Sakit - Perit dan sebagainya.

Ianya merupakan satu perasaan yang normal apabila kau mula emosi tak tentu pasal. Saat kau emosi lah kau mula cakap itu ini. Kau tak habis-habis dok cakap kau lah yang terpaling tersiksa, terpaling sakit, tak ada orang lain yang faham apa kau rasa. Masa tu lah semua orang yang senyum, kau rasa nak tumbuk; nak terajang biar berkecai muka bertembung kubikel keras belakang sana. Kau rasa semua orang tengah senyum mengejek kepada kau dan tiba-tiba meja kau diterbalikkan sebab menyampah dengan orang sekeliling. Walhal mereka hanya memandang pelik; kenapa budak ni emosi semacam? Buang tebiat ke ape? Kesian aney kedai mamak, kau emosi - dia yang pecah pinggan cawan menanggung rugi.

That's it. Semua tu berlaku bila emosi menguasai diri.

Masa ni lah kau yang terpaling betul
Masa ni lah kau yang terpaling sakit
Masa ni lah kau yang terpaling kuat
Masa ni lah kau yang terpaling bijak
Masa ni lah kau yang terpaling serba serbi

Masa ni lah. Masa tengah emosi. Tak kira lah emosi sebab apa.

Sama ada kau emosi sebab member kau sailang crush kau
Sama ada kau emosi sebab cemburu meng-khinzir-buta (tapis habis ler nih?!)
Sama ada kau emosi bila apa yang kau nak tak dapat
Sama ada kau emosi tentang orang yang melupakan kau
Sama ada kau emosi bila kau terasa dengan semua orang

Masa ni, semua orang salah. Semua orang macam celaka.

Sebab kau rasa kau betul. Padahal kau tak fikir yang emosi tu datangnya daripada bisikan syaitonnirrojim yang sedaya upaya mem-paranoid kan fikiran kau. Dia kata macam tu, kau percaya. Dia kata macam ni, kau percaya. Mula lah timbul syak wasangka. Sangsi, iri hati, dengki dan sebagainya.

Kau pula tak cuba nak cari penjelasan untuk menjelaskan keadaan atau bertanya sendiri pada tuan empunya badan. Kau sibuk dengan perasaan kau yang sakit, minda yang dikuasai emosi dan syaiton laknatullah itu tadi. Egois mula meninggi. Pengakhirannya macam mana?

You ended it up with your own perception. Kau punya pandangan, ye lah masa tu kau lah yang terpaling betul, kan? Sampai orang datang nak jelaskan perkara setbenar pun kau taknak dengar.

Kemudian, kau cari kawan yang kau rasa kau terpaling percaya dalam dunia. Kira kawan sampai mati, bawa ke jannah lah ni. Kau cerita semua benda, kau kata itu ini. Kau cakap kau tak puas hati, kau sakit hati, kau rasa macam itu macam ini, dia tak patut buat macam itu macam ini, semua lah. Serba serbi, dari A - Z kau cerita dengan harapan dia faham dan kau terlepas daripada 50 kampit beras yang terhempap di bahu saat kau emosi tadi.

Kawan kau pula berhujah panjang lebar, menenangkan kau.
Dan kau terima - dengan apa adanya.

Ah, lega. Kau rasa - dia lah yang terpaling faham kau.

Kau ambil keputusan untuk terus mendiamkan diri. Menghilang. Sebab kau terasa kau tak diperlukan lagi. Hadir menyakitkan hati, menghilang pula terasa sepi. Tapi kau tetap dengan pendirian kau. Kononnya kau terasa. Sangat.

Tapi disebabkan kau tak cari jalan penyelesaian, kau lari daripada masalah, kau tak cuba untuk selesaikan benda yang dah rumit, kau tinggalkan semua persoalan tergantung tanpa jawapan, maka ada satu masa pasti kau teringat balik sakit yang kau pernah rasa. Sakit yang kau punya. Sakit yang belum ada jalan penyelesaiannya.

Dan kau kembali; EMOSI.

Sampai satu masa bila kau dah lelah menahan sakit yang kau perap berkurun lamanya. Kau ambil keputusan untuk jumpa orang yang punyai jawapan kepada 1000 persoalan yang kau simpan molek-molek di sudut hati.

Ya, meet-up yang awkward setelah kau lama menjauhkan diri,
menyendiri makan hati berulam emosi.

Pada pertemuan itu kau bertanya tantang semua persoalan yang kau simpan selama ini. Kau luah semuanya, dengan harapan untuk meredakan keadaan dan kemudiannya kau tenang setelah berkurun lamanya kau tersiksa mencari jawapan yang pasti.

Kau pun mendengar jawapan dengan muka yang penuh serius tahap paling tinggi..

Dan, kau kecewa. Lagi.

Rupa-rupanya kawan kau yang terpaling kau percaya itu lah puncanya. Dia hancurkan kepercayaan yang kau beri 100% padanya. Dia lah punca segala-galanya. Dan banyak lagi benda yang kau tak tahu berlaku di sebalik engkau, tanpa pengetahuan kau. Rupa-rupanya si sipolan sipolan itu macam itu, si sipolan sipolan ini macam ini.

Masa ni semua benda dibuka kembali
Masa ni semua cerita kau dengar balik
Masa ni semua benda kau luah

Atau dengan kata mudah, slow-talk session. 

Dan kau tahu, yang selama ni; mereka tahu tapi mereka tak beritahu yang mereka tahu.

Dalam diam, jauh di sudut hati,
Kau kecewa lagi.
Kau emosi lagi.

Bila nak habis ni?

Akhir sekali, kau hidup dengan seketul hati yang lengai,
yang tak punya rasa lagi.

Kau okay, sebab kau dah letih nak fikir semua ni.
Cuma ...
Kau ada, dalam perasaan yang tak pernah ada.
Kau duduk bersama, tapi hati entah kemana.

Ya Rabbi ... Heartless-nya.

Nota kaki: Jangan ceritakan masalah kita pada manusia, sedangkan kita sendiri tak mampu nak simpan rahsia tersebut, apatah lagi mereka? Ceritalah pada yang Maha Mengetahui, dia akan simpan selamanya. Malah akan tunjuk jalan yang paling indah. Percayalah :)

Gua nak dok rilek - rilek

Hari pertama
Hati senang, jiwa riang
Semester ketiga - ini pengakhirannya
Senyum memanjang

Hari pertama
Ketemu semua orang
Mengeratkan kasih sayang

Tapi kan baru hari pertama
Berkampit juga beban dijulang
Bagai anjing yang turutkan tuan
Bukan tuan 'kecil' tapi boss besar
Katanya kami sudah dewasa

Inilah yang gua maksudkan;
Manusia ibarat robot yang dikuasai sistem.
Dewasa apa bila terpaksa itu - terpaksa ini
Terpaksa demi mengejar satu mimpi

Yang pengakhirannya;
Tiap hari hutang meninggi dan ..
Tak berjaya mencari hidup sendiri

Gua nak dok rilek - rilek.
Gua nak dok rilek - rilek.

Ah, gua peduli apa.

Kan gua dah kata gua nak dok rilek - rilek?

So, rilek - lah.
Nextweek kan holiday?

*senyum*

Pandangan Pertama

Saat aku begitu asyik memandang sesuatu
Leka melirik tanpa sedar si empunya badan
Dari sisi tepi kekelabuan tidak jelas rupanya
Penuh aura magnetik sama bebola mata
Walau hanya terpisah dek sekeping kaca

Dalam gelap, kelam dan gelita.

Bersaksikan sebatang tiang yang diam membisu
Si rembulan setia menanti, menyaksikan drama sebabak
Dan juga ribuan lampu merah kelip-kelip tak berhenti
Terleka seketika.

Sedang ralat memerhati, dia berpaling!
Aku terpaku, terus kaku membeku.

Sesaat..
Dua saat..
Tiga saat..

Indah. Cukup indah. Terpukau.

Karena aku nggak tega berdepan dengan makhluk ciptaan Tuhan paling awesome - paling sempurna rupanya, maka aku larikan lirikan mata ini. Dia masih disitu, nggak berkutik dikitpun. Memandang dengan penuh tenang - penuh aura. Tapi aku di sini sedikit tidak senang. Ah natang, jantung mula berdegup kencang - rancak pula dia bergendang.

Lampu bertukar warna,
dia perlahan-lahan berlalu.

Aku membisu.
Ini pertama kali, pandangan pertama.

Penuh drama.

- Kota Damansara, 9 Jun 2013, 9.10 p.m (via mobile)

Tercicir dari ingatan

Letih lah,
Gua ingat - orang lain tak ingat.
Semua lupa, alpa.
Tercicir.

Penat nak terasa bagai.
Rapuh - tak teguh.
Nokharom.

Cuma satu,
Jangan tanya bila gua buat perihal yang sama,
Jangan tanya bila gua hilang entah kemana.

Gua letih.
Semua sama, serupa.
Dua kali lima.

Benda ni lah yang paling gua tak suka.
Bukan seorang, tapi semua.
Gua terkena,
Entah kenapa cepat terasa.

Mungkin dah tak lama.

Hati - sabar.
Jiwa - tenang.

Saat ini,
Biar aku campak hati ini jauh - jauh,
Biar aku hidup tak punya rasa.
Biar aku hidup tak tersiksa.
Heartless - Lengai.

Baru bahagia agaknya.
Ah! Rapuh!

Agaknya, kalau gua mati; ada tak orang mahu datang lihat jenazah gua buat terakhir kalinya? Iringi jenazah ke liang lahad? Ada ke? Ah, itupun kalau ada yang masih ingat gua. - Boneka

Masa senang, keliling pinggang.
Masa susah, entah kemana menghilang.

Pasaran Komersial

Setelah puas membelek-belek belog ini, gua buat satu new look yang super-simple.

Niat di hati ingin bergiat aktif dalam ber-blogging ini. 
Cuma kadangnya gua butuh masa senggang. 
Yang mungkin ada, tapi disiakan. 

Jadi, gimana pasaran komersial belog ini iya?
Gimana harus aku mulain?
Mau tinggalin komentar-komentar bernas di belog yang lain?
Atau tiap masa post di tuider / facebook kayak gini ....

Selamat siang semuanya! Mohon kalian ngeliat website ini ya! (lalu isikan link-nya)

Adakah aku perlu gunakan ilmu Bussiness Management yang Pn. Azlina turunkan?
Strength, Oppurtinity, Weakness and Treats?

Gitu dong?

Ah, payah juga ya!

Bukan mau publisiti, tapi kadangnya mau juga komentar dari pembaca lain.
Tanpa komentar gua rasa macam menaip kosong tanpa ada pembacanya.

Sadis.

Anjakan Paradigma

Seperti yang semua tahu, atau mungkin ada yang tak tahu. Gua adalah pelajar tingkatan 6, atau dikenali sebagai Pra-University Student.

Tikus Putih

Untuk pengetahuan kamu, kamu dan kamu. Sistem tingkatan 6 ini telah diolah oleh Majlis Peperiksaan Malaysia menjadi sistem Modular dan bukan lagi sistem Terminal macam orang dulu-dulu pakai.

What is sistem Modular?
Here it is. Sistem Modular ialah sistem sekolah yang menggunakan kaedah semester; iaitu selama setahun setengah yakni 3 semester (1 semester bersamaan 6 bulan). 

Kenapa aku bilang kami Tikus Putih?
Iya, kami adalah batch pertama yang menggunakan sistem ini. Jadi terdapat pelbagai masalah ataupun kekaburan peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Kami hidup dalam kekelabuan. Bisa nggak lo hidup dalam kekelabuan? Perih bukan? Koq mungkin lo butuh petunjuk tuk kasi jelas? Gitu deh?

Rujukan? Aku akui memang susah sekali nak dapatkan terutamanya tentang format peperiksaan.
Perlu rujuk pada guru, yang juga mungkin masih dalam kekelabuan.

Itu tidak menjadi masalah kerana aku senang dengan sistem ini. Mungkin lebih memudahkan dan meringankan beban daripada sistem Terminal - melambakkan soalan yang telah diperap selama setahun setengah di bilik peperiksaan dan ... BOOM!! berperang dalam masa 3 jam. Itu sangat klise, adat peperiksaan gaya sekolah. Tapi aku dapat rasakan ianya bukan semudah sistem Modular ini.

Persoalannya disini bukan isu sistem Terminal atau Modular.

Aku menaip disini untuk bercerita tentang Anjakan Paradigma.

Iya, anjakan paradigma. Satu perubahan.
Selaras dengan perubahan sistem yang digunapakai ini, nah!
Aku pun perlu berubah.

Pernah nggak teman lo ngomong gini - disaat lo sedang serius lagi ngulangkaji pelajaran karena examination is around the corner? Cewah..

"Study smart aja dong, no need to work hard.. But work smart!"

Koq lo bisa aja work smart lantas dapatin result yang gempak kebaboom gitu?
Gampang sih lo bisa studi kayak gitu. Tapi lo nggak perlu ngomong gitu pada aku dong..

Kerana apa? Kerana aku tak pernah percaya pada istilah Study Smart sejak memasuki alam tingkatan 6 ini.. Which is, level kami sama dengan fast-track yang lain kot. Bukan mudah..

Macam mana budak-budak matriks belajar?
Macam tu juga gaya kami belajar.
Buku apa budak-budak matriks pakai?
Buku itu juga yang kami pakai.

Secara realitinya buku-buku rujukan aku juga kebanyakannya daripada buku-buku matrikulasi yang dijulang tinggi. Kerana apa? Kerana kononnya mereka warga terpilih, golongan intelek yang mendabik dada berdiri jauh lebih tinggi daripada kami. Walhal sama aja sebenarnya, tak usaha tak mungkin kemana.

Nampak tak?

Jadi, bila kawan-kawan kata begitu, apa yang mampu aku buat - senyum.

Mereka tak tahu, mereka tak duduk di fast-track.
Mungkin disebabkan kami berpakaian ala budak hingusan - yang baru kenal dunia,
Kami diperlekehkan.

Benda dah biasa terjadi, dah lali.

Selama dua semester (setahun) aku duduk di tingkatan 6 ni, aku tahu jalan yang aku pilih bukanlah semudah yang disangkakan walaupun sebelum masuk tingkatan 6 ni ramai yang sudah berpesan bahawa tingkatan 6 ini bukan mudah seperti yang dijangkakan.

Ooo, pakai baju sekolah - mudah? Tidak.

Aku telah buat beberapa eksperimentasi yang berisiko tinggi juga rasanya.

Tak perlu rasanya aku ceritakan disini, cukup aku katakan bahawa aku belajar daripada kesilapan aku yang lepas di semester 1 dan 2.

You have to work like very very very hard to get the place in University.
Aku bukannya orang senang, boleh beli satu tempat di institusi pengajian tinggi dengan wang. Jadi aku terpaksa berpenat lelah mengharungi jalan susah untuk bersaing dengan golongan intelek yang semakin berkembang.

Pada mereka yang sudah temui jalan mudah, biarkan. Itu rezeki mereka.

Sekarang (Oh iya lupa nak cakap, aku sedang cuti semester) semester terakhir aku kian menghampiri yakni my last semester.

This is my last part of uppersix life.

Aku perlukan anjakan paradigma.
Satu perubahan
Persiapan terakhir sebelum melangkah ke dunia yang lebih mencabar

Harap semuanya berjalan lancar.
Semoga aku tabah, kuat!

Dengan izin-Nya.

P/s: Tiap jalan yang pahit akan berakhir dengan sesuatu yang manis. Percayalah! Tuhan itu Maha Adil. *wink*

Lelah Menerima


Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu
Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama
Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan
Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu
Sayang, itu semua dulu
Saat aku kejar-kejarin kamu
Saat aku termimpi-mimpi kamu
Saat aku mau dekat sama kamu
Saat tiap masa aku disitu
Setia disisi, seperti selalu..

Sayang, dulu kau acuhkan aku.
Tapi, itu semua dulu.

Kini, aku bahagia dengan hidup aku.

P/s: Sekadar mengenang dengan penuh tenang. hats off. 

Tentang Sekeping Gambar

Di baliknya tersimpan 1001 cerita.
Tentang segala rasa,
Yang telah lama disimpan.
Tantang semua kenangan kita,
Yang sengaja kau lupakan.
Tentang dunia cita dan cinta,
Yang terpaksa aku dahulukan.
Tentang sebuah percaturan,
Yang tewas dalam pilihan.
Tentang satu kombinasi,
Yang nyatanya tidak menjadi.

Dan akhir sekali ...
Tentang beberapa perihal,
Yang kau tinggalkan, disitu.
Ditinggalkan bersama aku yang kaku.
Dan layu, penuh sayu.

Bukannya belum move-on,
Tapi kadangnya terkenang.
Sayang, tinggal hanya kenangan.

Bersama sekeping gambar.
Terselit dalam sebuah tas lama,
Tapi, kenapa ianya masih disitu?
Walhal telah bertahun berlalu?

Diam.

Selamat malam.


Perihal Alam

Di sepanjang perjalanan
Di setiap perhentian
Di sebuah pengakhiran
Satu perjalanan.

Pasti kau terlihat,
Kiri kanan, atas bawah,
Kabus tebal.
Tanah merah.
Batu bata.
Ditoreh, diratah.

Pasti kau terasa,
Tiap bahang meresap ke dalam jiwa,
Menggelegak menjadi bara,
Penuh buas, dan panas.

Panas.
Malaysia panas.
Semua orang panas.
Panas luar, panas dalam.
Sampai bila kita nak berpanas?
Sampai bila kita nak membahang?
Sampai semua dah mati kontang?
Sampai semua dah layu tumbang?

Sedang ikan di sungai,
Tersiksa direbus.
Sedang kambing di ladang,
Tersiksa rumput dicantas.
Sedang gajah di hutan,
Hilang tempat berteduh.
Manusia?
Mati overdos.
Rakus.
Manusia rakus.
Mengejar fulus.

Aku harap,
Suatu hari nanti,
Mereka sedar.
Bahalol.

Ini bukan puisi, ini luahan hati.

Nasi Goreng Kampung

Sedang aku melepak sendirian menanti makanan tiba, kelihatan seorang Aney (nama manja pekerja di kedai mamak) membawa sepinggan Nasi Goreng Kampung kepada pelanggannya yang kebetulan duduk betul-betul di hadapan meja aku yang kosong.

Iya, Nasi Goreng Kampung itu merupakan menu paling meletops, fofulas, divaass lagi daboom sekali di Molana, atau dengan kata lain Kedai Mamak di kawasan perumahan aku ini.

Kenapa?

Mungkin para pemesan menu itu mahukan kenikmatan nasi yang digoreng bersama ikan bilis, kek ikan dan sayur kangkung hasil daripada air tangan Nenek atau mungkin Ibu kita di Kampung.

Di sini aku menganggap bahawa diri ini salah seorang daripada kelompok pemesan itu kerana semasa di zaman kanak-kanak Nasi Goreng Kampung itu merupakan hidangan feveret aku di situ.

Dan aku menganggap diri ini seorang yang sangat teliti kerana aku mampu mengasingkan sekecil-kecil bawang, lobak merah, cili padi, sayur sawi, biji cili dan mungkin juga seekor semut daripada lautan nasi goreng kampung yang dibuat oleh Aney yang dipesan di Molana walhal Aney itu langsung tidak pernah menetap di kampung.

Wait, langsung tidak pernah menetap di kampung?
Hey! Macam mana dia boleh goreng Nasi Goreng Kampung?!

Sedang brader di hadapan enak mengunyah sambil membayangkan lazatnya masakan Nenek dan Ibu di Kampung, aku di sini, terfikir..

Adakah Nasi Goreng Kampung itu benar-benar Kampung?

Jadi, pesanan aku; Kalau nak makan Nasi Goreng Kampung, baliklah kampung.
Jumpa Nenek hang, Jumpa Mak Pak hang, suruh lah depa masak Nasi Goreng untuk hang..

Tak pun, pesanlah Capatti sama Ayam Tandori.

"Aney! Cappati Kampung Hang satu!" 

Anyway esok gua balik kampung, Kampung Pasir Puteh, Bachang, Melaka.
Kampung hang tang mana?

Kecelakaan Jiwa

Kecelaruan minda
Segalanya tak diminta
Bukan sengaja menggila
Bukan tak berusaha mencuba

Cuma .. Ada masanya
Akal tak serasi dengan jiwa
Minda tak berfungsi sebaiknya
Hati termakan kata-kata dusta
Hanyut dalam dunia sementara

Lalu meresap ke dalam jiwa
Tinggalkan kesan penuh hampa
Tak terkata ..
Diam seribu bahasa ..

Celaka, memang celaka.

Untuk apa berkata, kalau sering digelar dusta?
Untuk apa bernafas, kalau hanya membazir masa?
Untuk apa berdiri, hatta kaki tak menjejak bumi?
Untuk apa hidup, kalau hanya menyiksa semata ..

Celaka dunia, celaka juga neraka.

Nah!

- via mobile.

Pelangi Pudar


Sekelip mata
Bagai halilintar yang melintas
Tersentak daku menerima
Terdiam kaku merebah ketanah
Melihat orang ramai berpusu-pusu
Melihat orang ramai mencoret sekeping raut
raut wajah yang bisa mencarik setangkai hati
raut wajah yang bisa merungsingkan jiwa
raut wajah yang membuat aku terkaku

Tak kuat.

Merah yang menjadi ketua
Merah yang menjadi tunggak
yang sentiasa bersama birunya
berkepit bersama merah jambunya
setia menemani unggu dan violetnya
hilang ditelan mega
membawa pergi seri pelangi
seri pelangi yang didambakan
tanpa tunggak tuntasnya
tanpa garang dalam kelembutannya
pergi..

Untukmu Merah
kau masih pahlawan dimata aku
kau masih terang dihati aku
kau masih yang tertinggi dalam pelangi hidupku
walaupun pelangi kini sudah memudar tanpa si garang
aku tetap bersama kamu wahai merah
merah yang menjadi tembok pertahanan
merah yang mengajar erti keberanian
merah yang penuh kesabaran

tanpa merah, hilanglah satu warna pelangi !
tanpa merah, dari tujuh kini enam
tanpa merah, kami perlu berusaha menambah

keterangan
untuk menjadikan pelangi ini sentiasa indah dimata

orang
untuk mengekalkan kecantikan dan kecerahan
supaya hilangnya merah tak mengubah warna pelangi
walau pelangi hilang megahnya tanpa merah

Merah, Merah, Merah

Al-Fatihah.. Sayang, aku rindu. - SiPemikir Jalanan



Wahai Sang Pelangi Indah, Muncul seketika..
Sayang tak ku lihat.. Kini tiada...

Sejarah Nasib Lepas


Beberapa hari yang lepas gua pergi menonton pementasan teater di Stor Teater DBP, Kuala Lumpur.
Teaternya yang bertajuk; SENAPAS arahan Kirin Muhamad, karya Khairunadzwan Rodzy.
Dilakonkan oleh 2 anak teater yang berbakat besar, Hasboolah Boolat sebagai Razak dan Aznah Mohamed sebagai Kamariah. Popular itu tidak, tetapi kualitinya ada!



Senapas - Sejarah Nasib Lepas

"Bila cinta haram bernafas"

Razak merupakan anak muda yang dikatakan berpendirian matang yang hadir dari keluarga yang mengamalkan kehidupan yang bertitik tolak dari rasa cinta. Pertemuan Razak dengan Kamariah iaitu guru tuisyennya telah memutikkan sebuah rasa cinta diantara mereka akhirnya mengubah kehidupan Razak kepada kehidupan yang benar-benar matang. Kamariah yang lebih usia daripada Razak telah berjanji untuk bersama Razak demi cinta mereka walaupun keluarga kedua-dua pihak membantah keras, mereka akhirnya telah bersekedudukan jauh daripada keluarga dan hidup seperti sepasang suami isteri yang sah. Maka bermulalah KISAH CINTA BERNAFAS HARAM. Adakah perkongsian nafas Razak dan Kamariah berpaksikan cinta, kasih dan sayang? Mungkinkah mereka hidup bahagia selama-lamanya?

Pertama sekali gua nak cakap yang Senapas ini merupakan teater pertama yang ditonton oleh gua secara Live. Ini semua angkara laman sosial twitter yang mengheboh-hebohkan perihal pementasan ini then gua pun jadi kurius dan terasa nak mencuba. Dalam masa yang sama memang gua dah lama nak pergi menonton teater ini. Jadi, gua pun ambil lah contact number si penjual tiket dan meneleponnya..

tuuttt.. tuutttt...

"Hello assalamualaikum.." - Telepon dijawab

"Waalaikumsalam, ni nombor untuk book tiket teater Senapas ya?"

"Ha'ah betul lah tu.. Nak book ke?"

"Yup, untuk show malam ni.. Ada kosong lagi tak?"

"Kejap ye, nak berapa tiket eh?"

"Emmm.. Lapan!"

"Mak oi lapan? Hahaha sekejap ya.."

sesat dua gua menunggu..

"Ha, ada! Show malam ni 8.30 p.m datang terus ke sini okay?"

"Haaaaaa orait.. So saya datang je la eh kat stor tu?"

"Yupp.. just walk-in and get the ticket here"

"Allright then.." - gua macam nak letak telepon.

"Ehhhh kejap!!" 

Gua lekapkan kembali telepon ke telinga, 

"Iyaa?"

"Kalau ya pun, dah book ni bagi lah nama cik adik oi.."

"Hahahahah! Eh lupa pulak! Okay-okay, Wan Adzlyn!"

"Wan Adzlyn? Okay jumpa malam nanti ya!"

"Sure! Assalamualaikum.."

"Waalaikumsalam"

Tuttttt! Talian dimatikan.

Malam tersebut kitorang sampai lewat 10 minit memandangkan kami salah masuk simpang. Dari parking lot terkejar-kejar ke set stor teater. Dari jauh gua dah nampak crew-crew Revolution Stage menanti kami mungkin? (perasan)

Dari jauh kami disambut dengan penuh ramah mesra giteww..

"Selamat datang ke teater senapas! Cepat sikit show dah nak mulaaaaa.." - Abang Kaunter

"Haaaaaaaaa yeeeee tahuuuuu dah lambat nieeeeeeee.." - Gua (sambil tengok jam)

Duduk depan kaunter, abang kaunter cakap

"Takpa lah, adik masuk dulu. Keluar nanti baru bayar. Da nak start dah tu.."

Kitorang pun masuk lah. Dan menjiwai teater tersebut.

Apa yang gua boleh katakan disini ialah Senapas ni merupakan satu nafas baru yang ingin disampaikan melalui lakonan oleh dua anak teater yang berbakat besar. Di samping pengarah yang sempoi plus sporting, dengan karya penuh menyengat ini mampu mengalirkan air mata gua dalam set yang gelap gelita itu. 

Tapi gua sedikit pelik bila Hajar dan Syiqin boleh kata pementasan itu bosan dan lawak.

Bagi aku, 
TIDAK.
Tidak sama sekali.

Daripada mata anak muda seperti aku,
Ianya satu pementasan yang penuh dengan message tersembunyi. 
Mungkin mereka tak dapat tangkap message yang Kirin nak sampaikan. 

Messagenya mengenai cinta haram yang tak direstui keluarga. 
Jangan terlalu ikutkan cinta, niat yang baik tidak akan menghalalkan hukum yang haram.
Kemudiannya ... Jangan sesekali menyalahgunakan cinta, cinta itu tidak haram.
Malah cinta itu SUCI! 
Kerana cinta, akan wujudkan satu nafas baru di muka bumi ini. 
Kerana cinta jua lah bernafasnya kita pada hari ini.

Banyak message yang gua dapat dari pementasan tu. 
Tentang pembuangan bayi, tentang rasa hormat kepada orang tua 
dan tentang pengurusan emosi, jangan terlalu mengikutkan kata hati, nanti mati!
Cuma ... mungkin ada sesetengah orang yang tak dapat tangkap hidden message itu. 

Betul, tak semua orang minat teater,
Tak semua orang boleh menjiwai seni,
Lagi-lagi seni yang menghantar message acah-acah nak taknak je,
Kena betul-betul fokus, teliti dalam setiap inci,
Dialog, bahasa tubuh badan yang dipamerkan, probs,
Semua tu memainkan peranan!

Tapi ... Kalau kau betul minat ... Percayalah...

SENAPAS MEMANG SUPERB!

Barangsesiapa yang tidak menonton, amatlah rugi rasanya.
Dah lah murah! Hehehe.

Selesai pementasan ada sesi mem-promote filem Kolumpo yang bakal ditayangkan tak lama lagi..
Kami bergambar bersama headbox K and beramah mesra bersama pelakon filem tersebut.

Guess what? Cuba teka?
Masa berborak dengan brader-brader tu gua tak tahu pun depa tu pelakon-pelakon Kolumpo!
Kahkahkah. Dah on the way balik, check twitter baru tahu..

Alah alah alah.. Rugi pula tak bergambar bersama Amirul Ariff tu.
Jumpa next show!

Nah gambar.. 

Pelakon Kolumpo, Amirul Ariff dan Syarifah Amani.
Yes! Amirul Ariff ni ramah sensangat.
Dia yang tegur kami dulu, dia ajak bergambar dengan kotak K tu.
Dah lah handsome.
Aherherher! 

Wajib tengok Kolumpo ni nanti!


Tuddia gua dah berkepala K.
Barangsesiapa yang K kan gua, 
Akan gua hempuk dia dengan K gua ni.

Bye!

Ni OST FilemKolumpo tu. KL Kita by Yuna and Qi. Nampak tak headbox-headbox disitu? Have Fun!

Panjat Bukit

Untuk kesekian kalinya setelah gua tinggalkan dunia menulis disini, memandangkan semester kedua ini mamadatkan aktiviti-aktiviti yang kononnya melatih gua untuk menjadi mahasiswi yang berjaya, kelak.

Itupun kalau gua layak jadi mahasiswi. Kalau lah.

Ah, lantak.

Entri kali ini gua nak cerita pasal pengalaman gua memanjat bukit Sabtu lepas.
Dua telapak kaki bakal ibu (suatu hari nanti) ini antara yang keberapa puluh ribu memijak tapak tersebut pun gua tak tahu.

Bukit Broga.

Tu dia, cantik baq hang!

Tapi sayangnya, ketiadaan camera bersama gua menyebabkan tiada gambar menarik yang ditembak disana. Ah! Sayang seribu kali sayang.. Sedih bila terkenangkan camera yang telah hilang akibat daripada kes rompakan di rumah sewa Kak Ainn. Terlampau banyak rasanya kenangan bersama camera tu. Apa boleh buat, tak ada rezeki.. Harap si perompak tu insaf sebelum mati.

Tapi syukur, Syiqin bawa camera. Cuma .. iye lah camera orang tak sama dengan camera sendiri kan. Gua tak dapat adaptasikan minat gua dalam bidang itu dengan menggunakan camera orang lain. Awkward, takkan gua nak pegang camera orang sepanjang masa ye dok? Tapi takpa, sekurang-kurangnya ada juga gambar kenang-kenangan untuk disimpan.

Berbalik kepada tujuan utama entri ini, gua nak story pasal sorang 'brader' ni yang hiking sekali dengan gua. Maksud gua, brader ni jalan sekali dengan group gua. Oh iya! Lupa nak habaq, gua hiking dengan Iqin, Ina, Fayad, Hajar, Syafiqah, Sera, Azfar, Amzar, Tirah and the others is kawan-kawan Kolej Iqin. Student AMC, Bangi. Boleh dikira sebagai kawan-kawan baru lah. Group kami ada lebih kurang 20 orang bersamaan 5 buah kereta. Meriah tak meriah?

Kami berkumpul di Solaris pada jam 4 a.m dan bertolak pada pukul 5 a.m.

Sesudah sampai di destinasi, dengan gelojohnya depa semua terus mendaki ke atas tanpa memanaskan badan terlebih dahulu. Resultnya? Sakit-sakit badan yang tak terhingga akibat daripada kejutan otot. Ini serius lawak. Semua eksaited sampai lupa nak warm-up. Tapi takpa, asal kami enjoy sudah.

Kemudian, sampai satu stage semua dah penat sikit dan bertembung dengan satu group yang boleh dikatakan group 'abang-abang and kakak-kakak' la. Umur mereka dalam lingkungan 20-an ke atas. Masa tu jalan bercuram. Sebelah kami memang betul-betul gaung yang dalam. So macam tak selamat la nak jalan ramai-ramai.. Masa tu Fayad cakap ..

"Takpa, biar diorang jalan dulu. Agak-agak diorang dah lepas atas sikit baru kita jalan"

Then kitorang pun tunggu la kat situ, gua pun tarik senafas dua and duduk atas batu sambil minum air. Gua dengar bebudak depan cakap nak take five. Semua pun dah penat.

Tetiba ...

*GEDEBUKK!! BUKK!! BUKK!!*

Tiga kali beb bunyi orang tergolek, gua tak sure dia langgar apa tapi memang semua terdiam, kaget. Gua pandang Ina, ina pandang gua. Gua pandang Fayad, Fayad cakap

"Ada orang jatuh!"

Keadaan jadi riuh rendah. Group di depan semua dah menjerit panggil mamber masing-masing

Dalam keadaan yang gelap gelita, hanya berbekalkan lampu suluh pasar malam kita semua tak pasti siapa yang jatuh. Masing-masing mula panggil nama kawan masing-masing. And, yang gua dengar masa tu budak-budak AMC jerit

"Syiqinn!! Syiqinnn!!"

Lagi lah gua kaget. Dalam otak gua,

"Takkan lah Syiqin yang jatuh?!"

Syukur syiqin bersuara cakap dia okay.

Persoalannya, siapa yang jatuh?

Brader-brader depan group kitorang dah jerit nama "Ricky" kalau tak silap. Ah gua tak ingat nama mangsa yang tergolek tu, tapi yang penting dia bukan dalam group gua.

Bebudak AMC, Syiqin, Hajar dan lain-lain decide untuk teruskan perjalanan sebab keadaan dah jadi bising gila. Gua dah sedikit down masa tu. Nak teruskan ke tidak? Nak teruskan ke tidak?
Kalau gua pun jatuh gaung macam mana?

Fayad rilek, dia cakap

"Selagi aku ada, kau takkan jatuh. Jangan risau"

Otak bercelaru, haru biru! Hilang punca!

Tapi mujur gua masih boleh tenang. Cuma blur tak tahu nak buat apa.

Tetiba ... Dengar pula suara dari dalam gaung,

"I'm here! I'm okay. Don't worry. Just give me the torchlight!" - Mangsa (dari dalam gaung)

"You have to climb! that's the only way to bring you up here!" - Brader sebelah gua

Gua pandang bawah, pandang Ina, pandang Fayad, memasing diam. Gua kata

"takpa, kita stay sini. Yang lain nak blah, biarkan."

Kitorang berpecah disitu. Berharap akan bertembung di puncak bukit sana.

Kebetulan pula kat situ ada tali. Kitorang bagi torchlight kat brader tu pakai tali. Dalam masa yang sama Fayad pula cari jalan untuk turun ke dalam gaung. Mula-mula nak turun pakai tali, tapi tali yang ada tak cukup kuat. So terpaksa cari alternatif lain. Dia terpaksa turun ke bawah balik (jauh gila jarak tempat kejadian dengan jalan keluar dari gaung tu weh) untuk cari jalan keluar. Sebab kalau dia turun pakai tali belum tentu boleh bawa brader tu naik atas disebabkan saiz dan keadaan tali tu.

Disaat tu gua terfikir, mana pergi group-group brader tu? Takkan tak perasan kawan diorang jatuh?
Dan yang turun siapa? Fayad. Stranger yang diorang tak kenal.
Dah lah Fayad tu keding, kecik pulak tu kalau nak dibandingkan dengan brader-brader yang lain.

Ah, itu sekadar lintasan di fikiran gua masa tu. Yang penting, brader tu perlu diselamatkan.
Gua dengan Ina stay di atas bersama brader 2 orang yang jaga tali dan suluh mangsa dari atas.
Fayad dan sorang brader lagi turun bawah. Untuk cari jalan keluar supaya mangsa boleh mendaki semula.

And finally, lebih kurang 15 minit juga kot stuck kat situ. Akhirnya brader tu berjaya juga keluar dari gaung. Mujur tiada injuri atau kecederaan. Alhamdulillah.

Disini gua salute tabik spring pada Fayad, walaupun malam sebelum kitorang daki bukit itu dia kemalangan kecil, dan injured pada kaki kanan, tapi dia sanggup tolong brader yang jatuh tu. Dan dia punya injured jadi lagi teruk lepas tolong brader tu bila lutut kanan dia terhempap batu besar masa nak tolong brader tu naik atas.

Pada mulanya gua agak bising bila dia kata dia nak turun ke dalam gaung,

"Kau ni fayad, dah tahu injured nak turun jugak. Kang tak pasal-pasal kau turun, kau pulak yang tak boleh naik!"

tapi bila dia cakap ...

"Takpe Lynn, harini mungkin hari dia, esok lusa hari aku pulak.."

Aku terus terdiam. Betul juga apa yang Fayad cakap tu.

Lepas settle semua tu, kitorang take five. Gua check lebam kat lutut Fayad, makin teruk. Tapi dia cakap boleh lagi nak sampai atas ni. So... kitorang pun teruskan perjalanan. Masa tu dah pukul 6.30 a.m.

Cahaya matahari dah sedikit meninggi. So kitorang pun bergerak laju menuju puncak. (amboi dah macam lagu Akademi Fantasia pulak dah?)

Sesampai di puncak, awan masih gelap. Jam menunjukkan lebih kurang 6.45 a.m.

Cari port paling sesuai, lepak lima minit.

Dari jauh, gua nampak group AMC bersama Syiqin dan Hajar.

Kitorang pun kembali menjadi satu group dan snap-snap gambar tak hengat dunia!

Hehehe! Nah gambar, tapi tak banyak gambar gua pasai bukan camera gua. Aduduii..

Nice Candid Shot! Backlight.

Jaja, Ina and Fayad. 

Sunrise! Yay!

Syafiqah and Jaja.

That's us!
AMC-ians

Jom turun!

Muka teruja nak turun bawah.

Sekian, itu sahaja cerita dari pengalaman gua dan kawan-kawan menjadi penyelamat di saat genting sebegitu. Mujur ada sedikit ilmu dari Kadet Bomba dulu yang dapat diadaptasikan dalam waktu kecemasan macam ni. (walaupun takda benda sangat pun yang gua buat disitu kahkahkah!) tapi gua cukup seronok dapat berada dalam suasana macam tu. Pengalaman kateko!

By the way, baru gua tahu bukit broga ada tiga puncak ya?
Boleh cuba lagi next time! 

Bye! 


Meratah Waktu..

Kaki-kaki yang memijak lidah..
Kata-kata yang menampar hati..
Tangan-tangan yang merosak peribadi..
Perihal-perihal yang mengundang benci..

Hati yang hampir mati
Jiwa yang gemar menyendiri
Akal yang sudah mengerti
Minda yang mula pasti

Bukan dongeng lagi kedengaran
Aku tekad, kalini aku buat!
Kadang terasa meluat.
Tapi aku tahu aku kuat.

Sedang meratah waktu disini,
mengejar satu mimpi.

Semester kedua, sungguh padat dengan pelbagai aktiviti.
Bila kita mengejar sesuatu, kita perlu tinggalkan sesuatu.
Dan aku berjanji, takkan ulangi kesilapan yang sama lagi.
Tolong, ingatkan aku.

"Allahurabbi,
Yang maha pengasih, 
Yang maha mengetahui, 
Lapangkanlah dadaku 
untuk menuntut ilmu-Mu yang luas.
Lembutkanlah hatiku
Agar dapat memaafkan orang lain,
Tenangkan jiwaku
dalam meniti dugaan hidup..
yang telah Engkau tetapkan
Sejak azali lagi..
Amin ya rabb.."