Nasi Goreng Kampung

Sedang aku melepak sendirian menanti makanan tiba, kelihatan seorang Aney (nama manja pekerja di kedai mamak) membawa sepinggan Nasi Goreng Kampung kepada pelanggannya yang kebetulan duduk betul-betul di hadapan meja aku yang kosong.

Iya, Nasi Goreng Kampung itu merupakan menu paling meletops, fofulas, divaass lagi daboom sekali di Molana, atau dengan kata lain Kedai Mamak di kawasan perumahan aku ini.

Kenapa?

Mungkin para pemesan menu itu mahukan kenikmatan nasi yang digoreng bersama ikan bilis, kek ikan dan sayur kangkung hasil daripada air tangan Nenek atau mungkin Ibu kita di Kampung.

Di sini aku menganggap bahawa diri ini salah seorang daripada kelompok pemesan itu kerana semasa di zaman kanak-kanak Nasi Goreng Kampung itu merupakan hidangan feveret aku di situ.

Dan aku menganggap diri ini seorang yang sangat teliti kerana aku mampu mengasingkan sekecil-kecil bawang, lobak merah, cili padi, sayur sawi, biji cili dan mungkin juga seekor semut daripada lautan nasi goreng kampung yang dibuat oleh Aney yang dipesan di Molana walhal Aney itu langsung tidak pernah menetap di kampung.

Wait, langsung tidak pernah menetap di kampung?
Hey! Macam mana dia boleh goreng Nasi Goreng Kampung?!

Sedang brader di hadapan enak mengunyah sambil membayangkan lazatnya masakan Nenek dan Ibu di Kampung, aku di sini, terfikir..

Adakah Nasi Goreng Kampung itu benar-benar Kampung?

Jadi, pesanan aku; Kalau nak makan Nasi Goreng Kampung, baliklah kampung.
Jumpa Nenek hang, Jumpa Mak Pak hang, suruh lah depa masak Nasi Goreng untuk hang..

Tak pun, pesanlah Capatti sama Ayam Tandori.

"Aney! Cappati Kampung Hang satu!" 

Anyway esok gua balik kampung, Kampung Pasir Puteh, Bachang, Melaka.
Kampung hang tang mana?

2 comments:

KonspiMaker said...

Selamat pulang ke kampung.."kg hang tang mana?" tapi dok melaka ye..

Wan Adzlyn said...

KonspiMaker ; Gurun, Kedah juga kampung saya sebelah Ibu :)