Proses pra-matang

Emosi itu sesuatu yang subjektif, fleksibel dan mampu berubah-ubah tanpa kau sedari.

Sedih - Kecewa - Suka - Gembira - Sakit - Perit dan sebagainya.

Ianya merupakan satu perasaan yang normal apabila kau mula emosi tak tentu pasal. Saat kau emosi lah kau mula cakap itu ini. Kau tak habis-habis dok cakap kau lah yang terpaling tersiksa, terpaling sakit, tak ada orang lain yang faham apa kau rasa. Masa tu lah semua orang yang senyum, kau rasa nak tumbuk; nak terajang biar berkecai muka bertembung kubikel keras belakang sana. Kau rasa semua orang tengah senyum mengejek kepada kau dan tiba-tiba meja kau diterbalikkan sebab menyampah dengan orang sekeliling. Walhal mereka hanya memandang pelik; kenapa budak ni emosi semacam? Buang tebiat ke ape? Kesian aney kedai mamak, kau emosi - dia yang pecah pinggan cawan menanggung rugi.

That's it. Semua tu berlaku bila emosi menguasai diri.

Masa ni lah kau yang terpaling betul
Masa ni lah kau yang terpaling sakit
Masa ni lah kau yang terpaling kuat
Masa ni lah kau yang terpaling bijak
Masa ni lah kau yang terpaling serba serbi

Masa ni lah. Masa tengah emosi. Tak kira lah emosi sebab apa.

Sama ada kau emosi sebab member kau sailang crush kau
Sama ada kau emosi sebab cemburu meng-khinzir-buta (tapis habis ler nih?!)
Sama ada kau emosi bila apa yang kau nak tak dapat
Sama ada kau emosi tentang orang yang melupakan kau
Sama ada kau emosi bila kau terasa dengan semua orang

Masa ni, semua orang salah. Semua orang macam celaka.

Sebab kau rasa kau betul. Padahal kau tak fikir yang emosi tu datangnya daripada bisikan syaitonnirrojim yang sedaya upaya mem-paranoid kan fikiran kau. Dia kata macam tu, kau percaya. Dia kata macam ni, kau percaya. Mula lah timbul syak wasangka. Sangsi, iri hati, dengki dan sebagainya.

Kau pula tak cuba nak cari penjelasan untuk menjelaskan keadaan atau bertanya sendiri pada tuan empunya badan. Kau sibuk dengan perasaan kau yang sakit, minda yang dikuasai emosi dan syaiton laknatullah itu tadi. Egois mula meninggi. Pengakhirannya macam mana?

You ended it up with your own perception. Kau punya pandangan, ye lah masa tu kau lah yang terpaling betul, kan? Sampai orang datang nak jelaskan perkara setbenar pun kau taknak dengar.

Kemudian, kau cari kawan yang kau rasa kau terpaling percaya dalam dunia. Kira kawan sampai mati, bawa ke jannah lah ni. Kau cerita semua benda, kau kata itu ini. Kau cakap kau tak puas hati, kau sakit hati, kau rasa macam itu macam ini, dia tak patut buat macam itu macam ini, semua lah. Serba serbi, dari A - Z kau cerita dengan harapan dia faham dan kau terlepas daripada 50 kampit beras yang terhempap di bahu saat kau emosi tadi.

Kawan kau pula berhujah panjang lebar, menenangkan kau.
Dan kau terima - dengan apa adanya.

Ah, lega. Kau rasa - dia lah yang terpaling faham kau.

Kau ambil keputusan untuk terus mendiamkan diri. Menghilang. Sebab kau terasa kau tak diperlukan lagi. Hadir menyakitkan hati, menghilang pula terasa sepi. Tapi kau tetap dengan pendirian kau. Kononnya kau terasa. Sangat.

Tapi disebabkan kau tak cari jalan penyelesaian, kau lari daripada masalah, kau tak cuba untuk selesaikan benda yang dah rumit, kau tinggalkan semua persoalan tergantung tanpa jawapan, maka ada satu masa pasti kau teringat balik sakit yang kau pernah rasa. Sakit yang kau punya. Sakit yang belum ada jalan penyelesaiannya.

Dan kau kembali; EMOSI.

Sampai satu masa bila kau dah lelah menahan sakit yang kau perap berkurun lamanya. Kau ambil keputusan untuk jumpa orang yang punyai jawapan kepada 1000 persoalan yang kau simpan molek-molek di sudut hati.

Ya, meet-up yang awkward setelah kau lama menjauhkan diri,
menyendiri makan hati berulam emosi.

Pada pertemuan itu kau bertanya tantang semua persoalan yang kau simpan selama ini. Kau luah semuanya, dengan harapan untuk meredakan keadaan dan kemudiannya kau tenang setelah berkurun lamanya kau tersiksa mencari jawapan yang pasti.

Kau pun mendengar jawapan dengan muka yang penuh serius tahap paling tinggi..

Dan, kau kecewa. Lagi.

Rupa-rupanya kawan kau yang terpaling kau percaya itu lah puncanya. Dia hancurkan kepercayaan yang kau beri 100% padanya. Dia lah punca segala-galanya. Dan banyak lagi benda yang kau tak tahu berlaku di sebalik engkau, tanpa pengetahuan kau. Rupa-rupanya si sipolan sipolan itu macam itu, si sipolan sipolan ini macam ini.

Masa ni semua benda dibuka kembali
Masa ni semua cerita kau dengar balik
Masa ni semua benda kau luah

Atau dengan kata mudah, slow-talk session. 

Dan kau tahu, yang selama ni; mereka tahu tapi mereka tak beritahu yang mereka tahu.

Dalam diam, jauh di sudut hati,
Kau kecewa lagi.
Kau emosi lagi.

Bila nak habis ni?

Akhir sekali, kau hidup dengan seketul hati yang lengai,
yang tak punya rasa lagi.

Kau okay, sebab kau dah letih nak fikir semua ni.
Cuma ...
Kau ada, dalam perasaan yang tak pernah ada.
Kau duduk bersama, tapi hati entah kemana.

Ya Rabbi ... Heartless-nya.

Nota kaki: Jangan ceritakan masalah kita pada manusia, sedangkan kita sendiri tak mampu nak simpan rahsia tersebut, apatah lagi mereka? Ceritalah pada yang Maha Mengetahui, dia akan simpan selamanya. Malah akan tunjuk jalan yang paling indah. Percayalah :)

No comments: