Dean

Kehangatan memegang phone di malam hari telah lama tidak terasa.


MOJO

Di Tapak Yang Asing

Aku ingin tetap disini, di daerah yang nyaman; Segar mewangi.
Terus kekal mekar dan abadi.

Seperti pohon-pohon yang merimbun hidup,
Juga daun-daun yang hijau terlarut,
Kebersamaan itu bakal terlerai
--- berguguran dan mereput, sayang.
Bakal, dan tak tersangkal walau sehandal mana kau kawal.

Semoga waktu kita tak-ter-lewat-kan.
Semoga rasa itu tak-ter-ubah-kan.

 Dan duli-duli yang beterbangan mati itu adalah
-- Satu perjudian oleh makhluk yang hilang akal.



23 Februari 2015, 
3:44 p.m. - Empangan Semenyih

Tanya Pada Masa

Setelah kau puas bertanya-tanya tentang apa tujuan hidup yang tak satu setan pun tahu;
Mari sini manisku,
Di perhentian ini kita masih berdiri longlai dalam sebuah tanya yang mega.

Maka dendangkan impian dan seribu harapanmu;
Kita kan tetap tegak berdiri melihat dedaunan nan mereput
-- jatuh merebah dan berguguran layu;
Takdir dan waktu adalah cas-cas hidup yang tak mungkin mampu disangkal akal.

Perjalanan yang kau tinggalkan ini terlalu jauh!
Tujuh-puluh-tujuh liku tak-ter-jangkau.
Tiga-puluh-tiga titik tak-ter-henti.
Tak-kan-ter-jang-kau.
Tak-kan-ter-hen-ti.


25 Februari 2015, 
12:30 a.m. - Serdang.

Pemuja Cantik

     Dia tersenyum puas melihat hasil potret wanita itu. Siap. Toki mengesat peluh di dahi yang mengalir perlahan. Satu jelingan ringkas pada lengan kanannya, merah.
     "Cantik. Kau akan tetap cantik di sini, Samaya." Telapak tangan Toki di tengah-tengah kanvas, antara dua bukit yang ditutup merah.
     Pintu bilik terbuka. Amran.
     "Dah siap?"
     Toki mengangguk tanpa menoleh.
     "Kau dah boleh kemas. Kejap lagi ada orang nak tengok potret minggu lepas."
     "Okay." Toki bangun sambil mencapai baldi dan menuju ke tandas.
    Tiba di hadapan pintu tandas, Toki menoleh ke penjuru bilik. Beberapa helai surat khabar di lantai itu kelihatan basah. Melekit. Bau hanyir memenuhi ruang bilik namun itu yang menguntum senyuman di bibir Toki.
     "Sekarang kau akan kekal cantik dan tak ter-usik disitu, sayang." Toki melangkah ke tandas dan menadah air panas didalam baldi.
     Amran masuk ke bilik proses melukis dan mewarna milik Toki. 
     "Dah buat kerja tak reti nak kemas.. Aku jugak nak kena jadi kuli macai kau.." Dia membebel sambil mengutip beberapa ketul daging di penjuru bilik dan dimasukkan ke dalam plastik hitam.
     Tompokan darah dan bau hanyir memenuhi kubikel putih di penjuru bilik. Hati, jantung, paru-paru dan beberapa organ lain disimpan di dalam baldi. Beberapa palet warna panas yang telah bercampur dengan darah dikutip dan dikumpulkan untuk proses membersih dan mengenyah bau. Peralatan yang digunakan dikumpulkan dan direndam dalam air rebusan limau nipis. Harum.
     Kelihatan potret Samaya tergantung di tengah-tengah dinding. Namun siapa tahu, ada air mata yang mengalir di sebalik senyuman yang galak dipandang indah. Tidak seorang pun tahu ada derita yang tergantung bersama di kubikel kosong itu melainkan Toki dan Amran.

****************

     Toki memandang pelanggan yang sedang memuja lukisannya. Cantik. Kecantikannya harus dikekalkan, Toki tak mungkin akan biarkan perempuan secantik itu dimakan usia. Masa takkan dapat merampas takhta muda milik dia.
     Amran memandang Toki, mereka bertentang mata. Serentak mereka mengangguk.
     "Awak potret seterusnya, Sa'adiah."

- T A M A T -


     

Sesekali

Andai aku mampu menyembuhkan luka-luka kau yang perit berdarah;
Izinkan aku ubati meski kau enggan membenarkan.
Izinkan aku rawati meski kau tak pernah menginginkan.

Biar ---
Biar sesekali kau terasa pulih,
Tampa pil-pil khayal yang kau kunyah dan telan di setiap fajar yang menjelang.

Biar ---
Biar sesekali kau terasa bahagia,
Dari sakit perih dalam setiap nafas yang kau hirup. 

Moga kau percaya Dia yang maha agung.
Moga kau percaya segala asbab yang terulung.

Cukuplah sayang;
Aku tak sanggup melihat kau mengunyah-telan derita yang ditanggung di setiap fajar, 
Dan menahan rengsa di bawah cahaya bulan  nan menyinar malammu, manisku.

Dengar sini sayang;
Tadahkan telingamu - bukakan hatimu.
Izinkan aku mencuba, 
'Tuk ubat dan rawat sakitmu yang tenat.
Dikitpun, cukuplah.

Sinar cahaya ada di depan sana;
Mari, aku pimpim?


Villa Damar, Bandung - Indonesia.
SABTU - 230115 : 2343

Di Jawa Barat

Ada sordadu-sordadu Indonesia yang tangkas di medan perang,
Ada anak-anak kecil yang berlari riang di tengah padang,
Tapi akal nakalku masih melekat utuh diwajahmu, manisku.
Tika kita berkejaran di waktu riang,
Juga tika kita kekal erat di waktu-waktu senang,
--- sambil tersenyum gembira dalam hembusan nafas yang tenang.

Ada malaikat-malaikat kecil yang tekun menulis sejarah hidupku,
Ada tawa-tawa girang di gambaran waktu gembira kita yang enak,
Tapi hatiku masih ingin disisimu, sayangku.
Seperti picisan momen kita yang masih indah menyegar di minda kecilku. 
Seperti gelak-tawa dan senyum yang tak pernah lekang di bibirku saat bersamamu.

Dunia ini terlalu aneh;
Kerna adakalanya aku ingin tetap disisimu.
Adakalanya pula aku ingin menjauh berbatu-batu.

Asbab terulung adalah takdir dan liku-liku jalannya yang tetap.
Kekal, cantik dan tak ter-ubahkan.

Tuhan tak pernah salah dalam mengimbang,
Kita tak pernah silap dalam penerimaan.
Yang ada cuma; akur dan izin.

Bandar Bandung, Jawa Barat-Indonesia.
Sabtu, 1445.

The Untitled Prose

Sometimes;
I get annoyed without even knowing the reason why.
But my feeling for you never changed
Maybe I'm the weird one, I thought
          As I struggled by myself.

While tossing and turning alone in an empty room;
The TV plays reruns of yasterday's drama
As I hold my phone that doesn't ring until I fall asleep

These days, it feels like you're mine.
          It seems like you're mine;
           --- But not.
          It feels like I'm all yours;
           --- But not.

What are we? I'm ridiculously confused.
Don't be aloof, dear. I'm here.

It feels like we're lovers.
It seem like we're lovers,
         --- But not.

Whenever you see me, you act so vague to me.
These days; I hate hearing that I'm just like a friend.

I want to open my eyes to your text every morning.
I want to fall asleep with your voice at the end of the days.
On the weekends,
I want to date with you.

I don't like you,
Don't like you these days.
You clearly draw the line for me.

I don't like you;
And I keep repeating and reminding myself ...
God please, I don't like him.
I hope so.

I can't do anything.
This is just insane.


Sedia Atau Terfaktab?


SEDIA?

TERFAKTAB       BATKAFRET
ERFAKTAB           BATKAFRE
RFAKTAB        T      BATKAFR
FAKTAB           E        BATKAF
AKTAB              R           BATKA
KTAB                 F              BATK
TAB                   A                BAT
AB                     K                   BA
B                        T                      B
AB                                      BA
TAB                   B                BAT
KTAB                !!!             BATK
AKTAB             !!           BATKA
 FAKTAB           !         BATKAF
 RFAKTAB                BATKAFR
 ERFAKTAB            BATKAFRE
 TERFAKTAB       BATKAFRET


TERPACAK KEMATU DI KUBIKEL PADU
PANDANG KOSONG - LOHONG - BOHONG
SIAP SEDIA ATAU MALAPETAKA
RIBUT PETIR DISERU-SERU
SEDANG AMAN TANPA SYUKURNYA.

BILA MULA TERKETAR BAHU
KERTAS PUTIH DIRENYUK PERCAYA
GAGAK HITAM BERTENGGEK TIBA
TERHEMPAS PUNAH SERIBU SISA.

JIJIKNYA RASA MUNCUL TAK DIPINTA
PUCUKNYA SAYANG DATANG MENGILU
DATANGNYA KASIH DATANGLAH JUA
AKHIRNYA KELAK MENJADI SATU.

KERANA KADANGNYA SAYANG;
KUASA MASA TUNGGAKKAN JAWAPAN
TINGGALKAN RUANG TANPA KESAN
TINGGALKAN SEPI TANPA PESAN.

RENTAN DI PENJARA RINDU.
CUKUP PADU MENUSUK KALBU.