Idea Bahagia Yang Gila

Sedang paruh gagak dan enggang berteriak-pekak
Persetankan dunia.
Mereka tidak tahu apa-apa
Mereka tidak kenal kita siapa
Kita tidak pernah menanamkan apa-apa
Kita langsung tidak akan rugi apa-apa

Kerana di setiap penghujung waktu;
Kau adalah rumah yang paling ramah.
Yang terlalu hadam sifat dan lagak-ku.

Bergembiralah.
Nikmati pekat darah mudamu.

Masa depan adalah satu perjudian;
oleh makhluk-makhluk yang hilang akal.
--- Dan esok pun masih belum tiba.

Khamis, 21 Januari 2016.