Perkenalan

Dulu masa baru-baru kenal,
Hari-hari bertekak, riuh bergaduh;
aku wajib menang, dia taknak kalah.
Anjing, kucing, monyet, arnab, gorilla, kura-kura, belalang kunyit, sotong piranha.
Eh kau pondan?
Entah apa-apa lagi keluar.
Menyampahnya Ya Allah.

Tapi dalam tempoh 1 bulan 8 hari 12 jam 26 minit dan 34 saat,
Bila tak ada,
Bila tak bergaduh,
Tak bertekak,
Tak bertumbuk patah riuk,
Masa tu tahu lah.
Rasa-lah sendiri.

Perkenalan kita terhenti di stesen pertama.
Jauh lagi rupanya perjalanan ni,
Jauh lagi.

Pil Khayal

Gubahan memori dalam nota pendek dan picisan foto kerdil itu aku susun rapat-rapat, 
dekat-dekat, dakap-erat.
Sebelum ia diterbangkan angin,
Dan menemukan kita dalam ruang yang dingin.
Hamis, bengis, manis dan tangis semua kau-tadahkan. 

Jadi untuk apa kita menyalahkan masa,
Sedang ia tak pernah berpaling dan menderhaka.
Yang ada cuma pil-pil khayal;
-- dan waktu-waktu yang lalai.

#ProjekNotaPoket