Hachiko: A Dog's Tale (2009)



Hachiko: A Dog's Tale (2009)
Human-animal friendship. 

Walaupun belajar di fakulti filem, faham shot, simbolik dan beberapa lagi elemen cinematography lain yang selama ni diaplikasi dalam kelas secara teori, tapi aku still tak power dalam membaca filem. Aku selalu tengok filem secara santai. Bukan pemikir tegar.

But then bila my tutor suggest tengok film ni (lagi satu filem Marley & Me, yang tu belum tengok lagi) untuk kajian aku, aku cuba lah juga baca filem ini sebaik-baiknya.

Storyline mudah faham. Dialog tak banyak tapi daripada muka Hachi dan environment sekeliling kita dapat rasa emosi yang nak disampaikan. Hujan, cara Hachi berjalan, telinga, turun naik ekor dia, mungkin mainan colour grading juga. Ah, tak power lah bab tu.

Yang aku nak membebel sekarang ni, kenapa haiwan lagi 'manusia' daripada manusia? Bila Parker meninggal dunia tiba-tiba semua orang sedih, Hachi turut sedih. Tapi bezanya orang lain move on, Hachi tak. Hachi tunggu Parker kat train station tu 10 tahun lamanya sampai dia akhirnya 'jumpa' Parker semula disitu. (Mati)

Kenapa Hachi setia? Sebab dia anjing. Sebab anjing memang binatang yang paling setia. (Rujuk balik cerita Qitmir dan Sahabat yang tertidur beratus tahun masa zaman nabi dulu) Sebab hubungan persahabatan Hachi dengan Parker tak ada pengganti. Rasa terhutang budi dan pengorbanan yang Parker buat dekat Hachi menjadikan Hachi sangat setia kepada tuannya, walaupun tuan dia dah mati. Dia still tunggu tuan dia balik sampailah dia pula mati.

See, binatang pun tahu sayang, setia. Tak semestinya sayang, setia itu untuk pasangan bercinta je. Pokok pangkalnya berbalik kepada hati. Kalau bersih, baiklah ia dan seluruh tubuhnya.
Ini yang aku kata haiwan lebih 'manusia' daripada manusia.


So now you think you're human enough?